Loading...

Trending Komen diSerap

Loading...
Trending Komen diSerap - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Trending Komen diSerap, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Trending Komen diSerap
link : Trending Komen diSerap

Baca juga


Trending Komen diSerap

Trending ke apa entah lah, kerap juga nampak pengguna facebook rajin meninggalkan komen dengan komen diserap. Mungkin dah lama trending ni atau Fiza yang baru perasan. Adakala nya komen diserap ada kena mengena dengan post dan adakala nya tidak. Secara jelasnya, komen diserap adalah komen berbentuk "sekadar bergurau" je. Tapi ada juga yang ambil serius. Mungkin juga nak bergurau tak kena dengan masa.

Contoh trending komen diserap yang Fiza sebutkan macam dalam gambar di bawah. Pernah tengok tak komen macam ni?


Apa pendapat kau orang tentang trending komen diserap? Ada yang suka sebab tujuannya untuk bergurau. Ada yang sentap sebab komen takde kena mengena dengan post. Kadang-kadang tu bila sorang dah mula komen dengan diserap, yang lain pun turut serta penuhkan komen diserap. Tak tahu nak gelak ke nak kesian dengan tukang post status tu. 

Kalau kau orang terkena dengan komen sebegini, apa reaksi kau orang? Kalau post status kau orang berbaur sedikit lawak, mungkin kau orang tak kisah dengan komen sebegitu. Tapi kalau post status sebaliknya, bila dapat komen sebegitu sila balas semula dengan komen diserap juga. Cukup adil tak? Janganlah sentap, fikir positif je sudah. Jika ianya mengguris hati, maafkanlah mereka. Mungkin niat mereka lain tapi di anggap lain oleh kita. Jangan jadi perang status sudah lah ye ataupun perang komen di status orang lain.


Bersopan Santun di Media Sosial

Dengan siapa pun kita berinteraksi di media sosial, berbahasa lah dengan sopan santun. Membaca post sampai habis, fahami dan barulah tinggalkan komen ataupun respons status orang lain. Ada kalanya dengan membaca komen orang lain, boleh menimbulkan bermacam-macam persepsi dan berbeza pandangan. Betul tak?

Jadi, apa nak buat? Mudah je, sila fahami konsep bersosial di facebook mahupun media sosial yang lain. Jika tak nak fikir, tak perlu ada mana-mana laman sosial pun. Duduk diam-diam je sudah. Mampu ke kau orang hidup tanpa media sosial? Sudah tentu lah tak! Zaman sekarang mana boleh hidup tanpa menggunakan teknologi yang ada. Tapi sebenarnya  memang ada sejenis manusia yang tak suka ada media sosial. Ye, memang ada.


Thus Article Trending Komen diSerap

Itulah artikel Trending Komen diSerap Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Trending Komen diSerap dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/trending-komen-diserap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Trending Komen diSerap"

Catat Ulasan

Loading...