Loading...

Tips macam mana nak atasi rasa marah.

Loading...
Tips macam mana nak atasi rasa marah. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tips macam mana nak atasi rasa marah., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tips macam mana nak atasi rasa marah.
link : Tips macam mana nak atasi rasa marah.

Baca juga


Tips macam mana nak atasi rasa marah.

Tips macam mana nak atasi rasa marah. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, perasaan marah adalah sifat normal yang mesti ada pasang setiap manusia. Siapa aje yang tak pernah marah kan. Even, baby yang kecik tu pun marah kalau ada apa yang tak kena kan. Betul tak? Sebenarnya, walaupun ia merupakan sifat yang biasa tapi, sikap marah boleh menjelaskan hubungan tak kiralah hubungan kekeluargaan ataupun rumahtangga.  

Lagipun, rasa marah akan memberi impak negatif pada diri kita sendiri. Apa yang paling menakutkan, sikap pemarah ini ada hubung kaitnya dengan masalah kesihatan seperti hypertension, migraine, masalah kulit dan masalah penghadaman. Selain itu, rasa amarah yang tak terkawal jugak boleh mencetuskan masalah jenayah, penderaan dan emosi.

So, adalah sangat penting kita belajar untuk mengawal rasa marah kita supaya ia tak akan menjejaskan hubungan kita dengan orang sekeliling. Berikut merupakan beberapa tips macam mana nak atasi rasa marah. Jom baca seterusnya...

Tips macam mana nak atasi rasa marah.

Tips macam mana nak atasi rasa marah.


  • Beristightar dan berzikirlah. Sebaiknya, setiap kali korang rasa nak marah tu, cepat-cepat ambil wuduk dan solatlah solat sunat dua rakaat. Mohonlah kepada Allah supaya Allah membantu kita memperbaiki akhlak kita dan semoga DIA memberi kita jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi. 
  • Bila korang rasa nak marah, cuba tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, ubah posisi korang. Kalau korang tengah berdiri, duduklah. Kalau korang tengah duduk, korang baringlah. Kalau masalah tak berkurangan jugak, bangun dan berwuduklah kerana boleh meredakan kemarahan. Rasa marah itu sebenarnya godaan dari syaitan. 
  • Ajar diri korang untuk menjadi pendengar yang baik. Sebenarnya, ada sebabnya mengapa Allah memberikan kita dua telinga untuk mendengar tapi hanya satu mulut. Ni kerana kita lebih digalakkan untuk lebih banyak mendengar dari berkata-kata. Kalau korang nak tau, mendengar itu boleh memperbaiki  kemahiran berkomunikasi korang dan seterusnya mendapat kepercayaan dari orang sekeliling. 
  • Sentiasa mengucapkan kata-kata yang positif pada diri sendiri dan elak dari memikirkan perkara yang boleh mengundang rasa marah korang. Katakan rileks pada diri sendiri sampaikan diri korang rasa tenang. 
  • Zahirkanlah rasa amarah korang tu dengan cara yang betul. Walaupun orang cakap rasa marah ni elok diluahkan, tapi luahan rasa marah yang kerap boleh menjadikan korang bersikap panas baran dan tak sedar telah menyinggung perasaan orang lain. 
  • Cuba letakkan diri korang tu pada tempat orang yang akan merasai kesan dari amarah korang tu. Dapatkan perspektif lain dan positif. 
  • Dapatkan bantuan dan sokongan orang yang dekat dengan korang dan cuba luahkan perasaan sekaligus belajar mengenai sifat pemarah ni. 
  • Kalau tak boleh nak atasi rasa marah tu jugak, dapatkanlah bantuan pakar supaya dapat membantu korang cara berfikir dan memperbaiki tingkah laku korang.


So, kepada yang mempunyai sifat pemarah dan panas baran tu cubalah ubah sifat tu menjadi lebih cool dan bertenang. Jangan jadikan sifat negatif ini sebagai punca kita akan terasing dengan orang lain dek kerana sikap buruk kira yang sentiasa 'berangin' tu. Siapa yang tahan kan...

Semoga bermanfaat...


Sumber Harian Metro Ogos  2017.



Thus Article Tips macam mana nak atasi rasa marah.

Itulah artikel Tips macam mana nak atasi rasa marah. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tips macam mana nak atasi rasa marah. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/tips-macam-mana-nak-atasi-rasa-marah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tips macam mana nak atasi rasa marah."

Catat Ulasan

Loading...