Loading...

Tips lebatkan rambut anak.

Loading...
Tips lebatkan rambut anak. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tips lebatkan rambut anak., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tips lebatkan rambut anak.
link : Tips lebatkan rambut anak.

Baca juga


Tips lebatkan rambut anak.

Tips lebatkan rambut anak. | Assalamualaikum wbt. Ada bayi yang dilahirkan tak memiliki rambut yang lebat dan hitam. Tapi, alhamdullillah anak-anak cikla empat-empat lahir semuanya berambut lebat. Apa petua? Entahlah, mungkin rezeki mereka diberikan rambut yang lebat dan tebal. Mesti korang tau kan, orang Melayu biasanya akan melakukan majlis 'cukur jambul' untuk bayi yang baru lahir. Lepas tu, Rambut bayi akan dicukur untuk memastikan rambut baru akan tumbuh dengan lebat dan sihat. Ada jugak orang tua-tua cakap rambut yang dibawa dari dalam perut tak elok. Sejauh mana betul atau tak, waallahualam... Ada sesetengah bayi yang dicukur rambutnya, rambutnya tak tumbuh-tumbuh pulak. Kalau bayi lelaki takpelah kot, kalau bayi perempuan? Kesian pulak kan. So, si ibu apa lagi. Macam-macam cara dicubanya sebagai usaha nak melebatkan rambut anaknya.

Sebenarnya, kaedah mencukur kepala bayi tu bagus sebab ia baik untuk kesihatan kulit kepala kerana kebanyakan bayi kepalanya banyak kerak kotoran semasa bayi berada dalam kandungan ibu. Kalau korang nak tau, sebenarnya faktor genetik, keturunan dan faktor pemakanan juga memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut bayi. Kalau anak kita dah pandai makan, pastikan dia diberi makanan yang mengandungi nutrisi yang seimbang supaya ia dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Antara nutrisi atau zat yang penting untuk pertumbuhan rambut adalah protein (telur, ikan, daging, susu dan kekacang), omega 3 (ikan salmon, minyak ikan), zat besi (bayam, tomato, kentang) dan vitamin (buahan, sayuran).

Tips lebatkan rambut anak.


Tips lebatkan rambut anak.
Tips lebatkan rambut anak. 

Ada tujuh tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang tercari-cari cara nak lebatkan rambut anak. Nak tau? Meh baca ni ;

  1. Madu dan minyak zaitun. Cikla rasa semua orang tau akan kebaikan madu tak kiralah dalam badan kesihatan dan kecantikan. Begitu jugak dengan kelebihan yang ada dalam minyak zaitun kerana adanya vitamin E di dalamnya. Campurkan keduanya, kemudian sapukan ke kepala anak kita sebelum dibilas bersih. Lakukan sekali atau dua kali sehari, InshaAllah hasilnya pasti tak mengecewakan. 
  2. Lidah buaya (Aloe Vera). Rasanya ada yang dah tau lidah buaya ni mampu menghitamkan dan melebatkan rambut kita tak kiralah untuk bayi atau orang dewasa. Untuk lebatkan rambut bayi, ambil isi dan lendir lidah buaya ni kemudian hancurkan sampai ia berbentuk gel. Selepas itu, sapukan 'gel' tersebut secara rata di kepala anak kita. Buatlah beberapa kali dalam seminggu untuk hasil yang memuaskan. 
  3. Avokado dan madu. Kedua bahan ni dikatakan mempunyai kandungan yang boleh melebatkan rambut bayi. Caranya adalah ambil isi buah avokado yang telah masak, kemudian hancurkan isinya dan jadikan ia macam pupur. Selepas itu, campurkan isi avakado tersebut dengan satu sudu madu ahli dan gaul rata sebelum dioleskan ke kulit kepala bayi. Setelah dioles rata, tutup kepala bayi dengan penutup kepala supaya mereka tak menyentuhnya dengan tangan. Biarkan seketika sebelum dicuci bersih. 
  4. Minyak kelapa. Kalau yang ni memang cikla buat. Minyak kepala pun, yang buat sendiri. Sapukan minyak kelapa pada kepala bayi. Kalau cikla dulu memang cikla tak cuci, cikla buat macam minyak rambut tu. Tapi kalau korang nak cuci boleh je.
  5. Pisang dan minyak zaitun. Kedengaran pelik kan. Guna pisang? Betul, pisang kaya dengan bahan mineral seperti kalium yang berupaya membuatkan rambut tumbuh dengan cepat. Manakala, minyak zaitun menjadikan folikel rambut lebih kuat dan menumbuh dengan baik. 
  6. Buah keras. Sebelum ni kita tau orang guna buah keras dalam rempas ratus dan masakan. Tapi, sebenarnya minyak buah keras sangat bagus untuk rambut kerana ia boleh menyihatkan, melebatkan, menyuburkan, menguatkan dan mencegah rambut dari rosak serta menghitamkan rambut secara natural. Caranya mudah aje, just sapukan minyak buah keras ke kepala anak kita hingga ke hujung rambutnya. 
  7. Air kelapa muda. Urut lembut kepala anak kita dengan menggunakan air kelapa muda kerana ia dikatakan boleh melebatkan rambut mereka. Caranya mudah aje, siramkan air kelapa muda ke kepala anak sambil tu urut lembut kepalanya. Lakukan setiap pagi dan petang selepas mandi.


Semoga tips di atas memberi manfaat kepada ibu yang memerlukan. Selamat mencuba...


Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.



Thus Article Tips lebatkan rambut anak.

Itulah artikel Tips lebatkan rambut anak. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tips lebatkan rambut anak. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/tips-lebatkan-rambut-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tips lebatkan rambut anak."

Catat Ulasan

Loading...