Loading...

Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus

Loading...
Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus
link : Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus

Baca juga


Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus


INDIA - Seorang lelaki menetak tangan remaja perempuan berusia 15 tahun dengan pedang di tempat awam menggemparkan orang ramai, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian yang berlaku di pasar Lakhimpur Kheri, Uttar Pradesh, mangsa berkunjung ke pasar tersebut bersama dengan ibu dan adik lelakinya.

Vinod Chaurasia, 19, yang bekerja di sebuah bengkel mengimpal besi, ternampak remaja itu keluar bersama adik lelakinya pada waktu tengah hari Rabu lalu cuba mengekorinya dan cuba mempelawa remaja itu untuk keluar dengannya.

Vinod dituduh telah menyerang mangsa dan difahamkan telah mengintai mangsa sejak beberapa bulan yang lalu. 

Tetapi mangsa enggan menerima pelawaannya menyebabkan Vinod mengeluarkan pedang lalu menetak tangan mangsa sehingga putus.



Suspek berulang kali menetak tangan mangsa dengan pedang tersebut, namun mangsa bernasib baik apabila orang ramai yang ternampak kejadian itu segera datang menghulurkan bantuan dan menangkap Vinod sebelum diserahkan kepada pihak polis. 

Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan doktor cuba menyambung semula tangannya yang telah dipotong itu. 

Menurut jurucakap polis berkata, mangsa telah dipindahkan ke sebuah hospital di Lucknow untuk rawatan kerana keadaannya yang semakin kritikal dan kehilangan banyak darah. 

"Sekarang, keutamaan kami ialah kesihatannya yang kini kritikal.

"Sebaik saja keadaannya pulih, kami akan mengambil keterangannya berhubung kes ini bagi memastikan apa motif lelaki itu menyerangnya sehingga begini," katanya. 

Terdahulu, seorang pelajar sekolah ditikam sehingga mati oleh seorang lelaki yang dilaporkan telah mengintainya, di Balia, Uttar Pradesh, ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah. - The Reporter


Thus Article Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus

Itulah artikel Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/tangan-remaja-perempuan-ditetak-sampai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tangan remaja perempuan ditetak sampai putus"

Catat Ulasan

Loading...