Loading...

Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya

Loading...
Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya
link : Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya

Baca juga


Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya

Penyakit TB (Tuberculosis) atau batuk kering merupakan penyakit berjangkit yang biasanya menyerang paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian organ lain seperti otak, tulang belakang, jantung, nodus limpa, kelenjar adrenal dan bahagian usus manusia. Bakteria yang menyebabkan jangkitan Tibi dikenali sebagai mycobacterium tuberculosis. 

Penyakit TB tersebar melalui titisan air di udara. Bila pesakit TB batuk atau bersin, titisan air yang dicemari kuman TB akan tersebar. Jika kita bernafas dalam udara ini, kita akan terdedah kepada jangkitan TB. Kebarangkalian untuk dijangkiti penyakit TB bergantung pada sistem imun badan. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, lebih tinggi kemungkinan untuk dijangkiti TB.



Tanda-tanda Jangkitan TB


Jika anda dijangkiti kuman TB, tidak bermaksud anda akan sakit. Ada dua bentuk keadaan penyakit ini :

TB Laten (tidak aktif) : Dalam keadaan ini, anda mempunyai jangkitan TB, tetapi bakteria kekal di dalam badan anda dalam keadaan tidak aktif dan tidak menyebabkan sebarang tanda. Namun, ia boleh menjadi TB aktif, jadi rawatan adalah penting bagi mereka yang mempunyai TB tidak aktif untuk membantu mengawal penyebaran TB.

TB Aktif : Keadaan ini menjadikan anda sakit dan boleh menyebarkan kuman Tibi kepada orang lain. Ia boleh berlaku dalam beberapa minggu pertama selepas jangkitan bakteria TB, atau mungkin berlaku beberapa tahun kemudian.

Tanda dan gejala TB Aktif termasuk :

  • batuk yang berpanjangan (lebih dari 3 minggu)
  • batuk berdarah
  • sakit dada atau sakit ketika bernafas atau batuk
  • penurunan berat badan mendadak
  • demam
  • berpeluh malam
  • kurang selera makan
  • lemah dan lesu

TB juga boleh menjejaskan bahagian lain badan anda, termasuk buah pinggang, tulang belakang atau otak anda. Tanda-tanda dan gejala berbeza-beza mengikut organ-organ yang dijangkiti bakteria TB. Sebagai contoh, jangkitan TB pada tulang belakang boleh menunjukkan tanda sakit belakang, dan jangkitan TB di buah pinggang mungkin menyebabkan darah dalam air kencing anda.

Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas. Rawatan awal dapat bantu mengelakkan komplikasi penyakit yang teruk dan mengelakkan lebih ramai orang yang terdedah kepada bakteria ini dari mendapat jangkitan TB.

Golongan Berisiko Dijangkiti TB


Semua orang boleh dijangkiti TB, tetapi beberapa golongan berikut berisiko tinggi untuk dijangkiti kuman TB. Mereka termasuk :
  • bayi, kanak-kanak dan golongan tua
  • pesakit HIV/AIDS
  • pesakit kanser yang sedang jalani rawatan kimoterapi
  • pesakit yang mengambil rawatan steroid seperti pesakit yang telah menjalani pemindahan organ, penghidap rheumatoid arthritis, psoriasis dan Crohn.
  • Mereka yang kekurangan nutrisi

Rawatan Untuk Penyakit TB



Pengambilan ubat adalah rawatan asas penyakit TB. Tetapi merawat TB mengambil masa yang lama daripada merawat jenis jangkitan bakteria yang lain.

Untuk penyakit TB, anda mesti mengambil antibiotik sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan. Pemilihan ubat yang tepat dan tempoh rawatan bergantung pada usia anda, kesihatan keseluruhan, kemungkinan rintangan terhadap antibiotik, bentuk TB (laten atau aktif) dan lokasi jangkitan dalam badan.

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa tempoh rawatan selama 4 bulan dengan pengambilan ubat mungkin berkesan dalam mengekalkan TB laten daripada menjadi TB aktif. Dengan rawatan yang lebih pendek, pesakit lebih cenderung untuk mengambil semua ubat mereka, dan risiko kesan sampingan berkurang. Namun, kajian tentang ini masih dijalankan.

Ubat yang biasanya digunakan untuk rawatan penyakit TB termasuk :

  • Isoniazid
  • Rifampin (Rifadin, Rimactane)
  • Ethambutol (Myambutol)
  • Pyrazinamide
Sama seperti ubat antibiotik yang lain, ubat-ubatan untuk rawatan tibi juga mempunyai kesan sampingan seperti loya, muntah, rasa gatal badan dan keletihan.

Selepas beberapa minggu, biasanya keadaan pesakit akan menjadi bertambah baik dan ini mungkin mendorong mereka untuk berhenti mengambil ubat TB. Tetapi, penting untuk anda menyelesaikan rawatan dan mengambil ubat-ubatan seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Menghentikan rawatan terlalu cepat atau melangkau (skip) dos boleh membenarkan bakteria yang masih hidup untuk menjadi kebal terhadap ubat-ubatan tersebut, yang membawa kepada penyakit TB yang lebih berbahaya dan sukar dirawat.

Untuk melengkapkan rawatan, pesakit boleh cuba pengambilan supplemen tertentu untuk bantu melengkapkan nutrisi agar tubuh badan dapat melawan jangkitan bakteria ini. Bila badan cukup nutrisi, sistem badan termasuk sistem imun dapat berfungsi dengan lebih baik.

Berikut antara supplemen yang boleh bantu pesakit TB:




- polifenol yang terkandung dalam Vivix mempunyai ciri-ciri anti-radang yang boleh bantu mengurangkan keradangan di bahagian organ-organ yang dijangkiti.

- polifenol juga boleh bantu meningkatkan sistem imun tubuh seterusnya membantu badan untuk melawan jangkitan TB


membantu meningkatkan sistem imun badan dengan cara menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam badan. 

Garlic Complex

bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang bantu badan melawan jangkitan penyakit.


Antara Feedback Dari Pengguna



Jangan ambil mudah jika anda alami tanda-tanda penyakit TB. Dapatkan rawatan doktor segera untuk memastikan adakah anda dijangkiti penyakit ini. Rawatan awal penting untuk mengelakkan jangkitan ini merosakkan lebih banyak organ dalam badan anda dan juga mencegah orang disekeliling anda dari terdedah kepada jangkitan TB.

Bantu tingkatkan sistem imun tubuh anda dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan ambil suplemen untuk cukupkan keperluan nutrisi anda.

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603. 

Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!


Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.

Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman

ID : 1147051

Whatsapp/Call : 012-9402603

Emel : shikin.azly@gmail.com

Fb : shikin satiman

Ig : vitamin_sihat_semulajadi


Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn


Pos seluruh Malaysia


*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.



Thus Article Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya

Itulah artikel Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/tanda-tanda-penyakit-tb-atau-batuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanda-tanda Penyakit TB Atau Batuk Kering Dan Cara Mengatasinya"

Catat Ulasan

Loading...