Loading...
Tajuk : SPRM: Isteri Boleh 'Di Dakwa' Jika Lindungi Aktiviti Rasuah Suaminya
link : SPRM: Isteri Boleh 'Di Dakwa' Jika Lindungi Aktiviti Rasuah Suaminya
SPRM: Isteri Boleh 'Di Dakwa' Jika Lindungi Aktiviti Rasuah Suaminya
PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran pihak isteri boleh didakwa mengikut undang-undang pengubahan wang haram jika menyembunyikan perbuatan rasuah suami mereka.
Menurut beliau, isteri boleh dianggap bersubahat melakukan jenayah rasuah.
“Dalam Akta Pengubahan Wang Haram, seseorang boleh disabitkan kesalahan sekiranya tidak mengambil tindakan untuk memastikan sumber harta yang diperoleh.
“Justeru, isteri bila dapat hadiah mahal daripada suami, kena tanya dari mana dapat duit beli barang itu,” kata beliau dipetik BH Online hari ini.
Selain Akta SPRM 2009, suruhanjaya itu juga boleh menggunakan Akta Pencegahan Pengubaham Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 untuk mendakwa seseorang.
Dzulkifli berkata: “Ada 1 kes penjawat awam yang gred perkhidmatan hanya 52 tetapi ada duit berjuta-juta. Kita menemui wang tunai berjuta-juta dalam rumahnya.
Soal beliau, bagaimana seorang isteri yang tinggal sebumbung tidak tahu mengenai wang terbabit.
Dzulkifli berkata, isteri berperanan memastikan suami tidak terbabit dalam rasuah dengan mengambil tahu gaji suami selain mempersoalkan dari mana sumber pendapatan suaminya.
“Isteri perlu memastikan apabila diberi hadiah mahal, tanya pada suami dari mana dia dapat wang hingga boleh membeli barangan yang mahal melebihi gajinya.
“Jika tidak berbuat demikian dan apabila SPRM sudah menjalankan siasatan, isteri berkenaan juga boleh dikenakan tindakan kerana bersubahat,” kata beliau yang genap setahun menerajui SPRM pada 1 Ogos lalu. #sumber
Thus Article SPRM: Isteri Boleh 'Di Dakwa' Jika Lindungi Aktiviti Rasuah Suaminya
Itulah artikel SPRM: Isteri Boleh 'Di Dakwa' Jika Lindungi Aktiviti Rasuah Suaminya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel SPRM: Isteri Boleh 'Di Dakwa' Jika Lindungi Aktiviti Rasuah Suaminya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/sprm-isteri-boleh-di-dakwa-jika.html
0 Response to "SPRM: Isteri Boleh 'Di Dakwa' Jika Lindungi Aktiviti Rasuah Suaminya"
Catat Ulasan