Loading...

[SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M

Loading...
[SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M
link : [SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M

Baca juga


[SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang dekat dengan bekas perdana menteri itu.
"Ya (serbuan yang dikatakan). Bukan hari ini, (tapi berlaku) semalam, "katanya kepada Malaysiakini.
Malaysiakini telah melihat gambar yang dikatakan diambil semasa serbuan.
Bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat.
Sumber memberitahu, adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.
Serbuan itu berlaku selepas gesaan dibuat daripada beberapa menteri Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyiasat kekayaan keluarga Mahathir.
Mahathir mendakwa sejak tahun lalu rakan-rakan dan keluarganya menjadi sasaran LHDN kerana perbalahannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bekas perdana menteri itu sering dituduh mengamalkan kronisme dan nepotisme semasa 22 tahun berkhidmat.
Bagaimanapun, Mahathir menafikan dakwaan tersebut termasuk dakwaan anak-anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai perdana menteri.
Dalam senarai Forbes tahun ini, Mokhzani menduduki tempat ke-34 di antara 50 rakyat Malaysia terkaya. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bendahari Pemuda Umno.
Gesaan untuk menyiasat keluarga Mahathir semakin meningkat selepas bekas perdana menteri itu mendakwa Zahid gagal memberikan jawapan jelas mengenai RM230 juta dalam akaun banknya ketika mengisytiharkan harta kepadanya pada tahun 1996.
Zahid berkata beliau sanggup disiasat dan mendakwa kekayaannya dikumpulkan semasa berada di sektor korporat. - MK



Thus Article [SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M

Itulah artikel [SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/serangan-diperhebat-lhdn-serbu-pejabat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[SERANGAN DIPERHEBAT] LHDN serbu pejabat anak Dr M"

Catat Ulasan

Loading...