Loading...

'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor

Loading...
'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor
link : 'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor

Baca juga


'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor

MALAYSIA DATELINE

Salahuddin Ayub PH


Kepimpinan utama Pakatan Harapan (PH) Johor sedang menunggu masa terbaik untuk melancarkan sentuhan politik terakhir bagi menyempurnakan formula kemenangan bersejarah di negeri itu.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata, sentuhan akhir ini sangat penting untuk membina keyakinan dan kepercayaan rakyat Johor terhadap tokoh-tokoh kepimpinan PH yang berkemampuan untuk menjunjung amanah rakyat di Johor.

"Johor adalah destinasi kejayaan PH bagi Pilihan Raya Umum ke-14. Segala persiapan telah diurus dengan sebaik mungkin.

"Sesiapa yang turut serta berpencak silat pastinya asyik dengan paluan gendang dan rebana rentak tarian politik negeri paling selatan dalam negara ini.

"Mereka tentunya dapat merasakan debaran kemenangan yang semakin hari semakin hampir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, sikap serta jiwa besar, keterbukaan, kebijaksanaan dan saling hormat kepimpinan PH Johor untuk menerima secara konsensus kepimpinan PH Johor adalah formula bagi melonjakkan kemenangan yang efektif.

"Ia juga dalam nafas yang sama adalah merupakan manifestasi permuafakatan politik yang utuh bagi PH Johor," katanya.

Justeru, Naib Presiden PH itu berkata, Umno-BN Johor tidak dapat menyembunyikan isyarat geruh kecundang apabila mereka berkonvensyen baru-baru ini.

"Dalam diam BN Johor menerima hakikat bahawa Bangsa Johor tidak boleh lagi memberi mandat kepada kepimpinan Umno BN yang korup. Bangsa Johor akan kembali cemerlang bersama PH," katanya.



Thus Article 'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor

Itulah artikel 'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/sentuhan-akhir-kemenangan-ph-di-johor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Sentuhan akhir' kemenangan PH di Johor"

Catat Ulasan

Loading...