Loading...

Semua tuduhan pada Kassim gugur

Loading...
Semua tuduhan pada Kassim gugur - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Semua tuduhan pada Kassim gugur, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Semua tuduhan pada Kassim gugur
link : Semua tuduhan pada Kassim gugur

Baca juga


Semua tuduhan pada Kassim gugur

 


Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mengugurkan tiga pertuduhan terhadap aktivis dan sarjana kontroversi Kassim Ahmad yang dituduh menghina Islam serta melanggar fatwa.

Perkara itu dinyatakan oleh Hakim Azzeman Omar yang turut memerintahkan agar Kassim dibebaskan, semua penjamin dilepaskan serta wang jaminan dikembalikan kepada tertuduh.

Sebelum itu, hakim menyatakan bahawa keputusan untuk menarik balik kes tersebut boleh dilakukan oleh pendakwa syarie dan tidak perlu menunggu ketua pendakwa syarie.

Pagi tadi, pendakwa ingin menangguhkan kes hari ini kerana ketiadaan ketua pendakwa syarie.
"Dalam kes ini pendakwa syarie boleh tarik balik pertuduhan tertuduh.

"Ketua pendakwa syarie boleh lantik orang yang layak dan sesuai daripada anggota perkhidmatan awam mewakili ketua pendakwa syarie.

"Justeru mahkamah tak bersetuju bahawa mahkamah perlu mendapat jawapan bertulis (daripada ketua pendakwa syarie) kerana kebenaran ketua pendakwa syarie untuk menarik balik kes hanya melibatkan kes-kes tertentu sahaja," kata Azzeman.

Bertolak jam 3 pagi

Sehubungan itu, pendakwa yang diwakili Mohd Hafiz menarik balik pertuduhan terhadap Kassim.

"Sebagai pendakwa syarie, saya menarik balik ketiga-tiga pertuduhan terhadap tertuduh," kata Mohd Hafiz.

Kassim, 84, diwakili Rosli Dahlan (gambar) manakala pihak pendakwa yang bertindak untuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan kerajaan diwakili Mohd Hafiz Abd Hamid dan Mohd Amirul Adam Ahmad.

Pada 7 Mac 2017, panel Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penangkapan dan pendakwaan Kassim adalah tidak sah dan terbatal serta bercanggah dengan undang-undang.

Mahkamah persekutuan turut memutuskan bahawa penangkapan Kassim pada 26 Mac 2014 di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kulim, Kedah menyalahi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Enakmen Syariah Kedah.

Tiga hakim Mahkamah Persekutuan bersidang semasa membuat keputusan berkenaan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Mereka sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan - JAWI, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan ketika itu.

Sementara itu, Kassim, 84, ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak peguam dan penjamin kerana bersamanya sepanjang tiga tahun perbicaraan itu.

"Saya bersyukur kepada tuhan kerana pertuduhan mereka terhadap saya yang dikata menghina Islam ditarik balik. Syukur kepada tuhan.

"Saya datang kira-kira jam 3 pagi tadi dari Kulim. Dan mahkamah sudah membebaskan saya dari pertuduhan - pertuduhan itu saya bersyukur pada tuhan," katanya.




Thus Article Semua tuduhan pada Kassim gugur

Itulah artikel Semua tuduhan pada Kassim gugur Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Semua tuduhan pada Kassim gugur dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/semua-tuduhan-pada-kassim-gugur.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Semua tuduhan pada Kassim gugur"

Catat Ulasan

Loading...