Loading...

Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes

Loading...
Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes
link : Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes

Baca juga


Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes

KEADILAN DAILY

unisel 


Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berhenti mempolitikkan siasatan kes mereka bagi memelihara kepercayaan rakyat terhadap institusi tersebut.

Gesaan itu dibuat susulan serbuan suruhanjaya itu di Universiti Selangor (Unisel) dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) semalam membabitkan kes yang sudah diselesaikan secara timbang tara di antara Unisel dan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

“Walaupun kerajaan negeri mengalu-alukan siasatan SPRM berhubung laporan dibuat terhadap kerajaan negeri, suruhanjaya itu dituntut menyiasat secara profesional dan tidak dipengaruhi tekanan politik.

“Tekanan politik terhadap SPRM hanya menyebabkan persepsi dan keyakinan rakyat terhadap institusi pencegahan rasuah ini terhakis juga tercalar,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pertikaian di antara Unisel sudah diselesaikan seperti dijelaskan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Penyelesaian dimuktamadkan antara Unisel dan Jana Niaga berdasarkan urus tadbir baik dan langsung tidak membabitkan menteri besar secara peribadi atau atas kapasiti individu yang membuat keputusan penyelesaian pertikaian berkenaan,” katanya.

Nik Nazmi sebelum ini menempelak pembantu peribadi Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor yang membangkitkan kes di antara Unisel dan Jana Niaga yang merupakan bekas kontraktor universiti tersebut.

Rizal mendakwa menteri besar sebelum ini menghentikan pembayaran kepada Jana Niaga kerana penyiapan projek yang tidak memuaskan.

Namun, MBI sudah menjelaskan bahawa Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Disember 2012 dan Mahkamah Rayuan pada Julai 2013 memutuskan yang Jana Niaga dan Unisel perlu menyelesaikan pertikaian mengikut proses timbang tara seperti yang diwajibkan di bawah kontrak kedua-dua pihak.

MBI turut menafikan bayaran sebanyak RM60 juta telah dibuat kepada Jana Niaga.





Thus Article Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes

Itulah artikel Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/selangor-gesa-sprm-elak-politikkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Selangor gesa SPRM elak politikkan siasatan kes"

Catat Ulasan

Loading...