Loading...

Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki

Loading...
Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki
link : Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki

Baca juga


Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki


KUALA LUMPUR – Polis Trafik Daerah Kajang, menyelamatkan seorang lelaki yang ditikam sekumpulan empat lelaki lain di Setapak di sini, sebelum mangsa cuba dilarikan di Kajang, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota polis Trafik Kajang yang mengadakan sekatan jalan raya di selekoh Jalan Reko, menahan sebuah kereta jenis Honda Accord dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan, pasukan polis mendapati kereta dinaiki lima lelaki, termasuk seorang dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di perut.

Mangsa kemudian mendakwa ditikam dan dilarikan empat lelaki dalam kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yusof, berkata empat lelaki terbabit ditahan dan pihaknya turut menemui sebilah parang di but kereta.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai cuba membawa mangsa ke Kajang dan siasatan mengenainya masih dijalankan.

“Mangsa berusia 23 tahun itu mendakwa bertemu dengan suspek di Setapak pada jam 10 malam sebelum dikepung dan diserang sekumpulan lapan lelaki, selain turut ditikam dengan sebilah parang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suspek antara 20 hingga 31 tahun itu kini ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa dirawat di Hospital Kajang.

Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju. – BH Online


Thus Article Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki

Itulah artikel Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/sekatan-jalan-di-kajang-selamatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sekatan Jalan Di Kajang Selamatkan Nyawa Lelaki"

Catat Ulasan

Loading...