Loading...

Sampaikan Salam Kepada Rasulullah

Loading...
Sampaikan Salam Kepada Rasulullah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sampaikan Salam Kepada Rasulullah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sampaikan Salam Kepada Rasulullah
link : Sampaikan Salam Kepada Rasulullah

Baca juga


Sampaikan Salam Kepada Rasulullah

 
 
Oleh Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar

1. Sudah menjadi kebiasaan, apabila seseorang akan berangkat menunaikan ibadat Haji, maka akan ada rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara berpesan kepadanya : " sampaikan salam saya kepada Rasulullah". Bakal jemaah Haji seraya berkata "In Sya Allah"

2. Setelah sampai di Masjid Nabawi dan berada di hadapan makam Rasulullah maka pertama sekali orang yang menziarah hendaklah memberi salam daripadanya terlebih dahulu kepada Rasulullah dengan melafazkan السلام عليك يا رسول الله صلى الله عليه وسلم atau melafazkan السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته

3. Setelah memberi salam kepada Rasulullah bagi pihak diri sendiri, maka seterusnya hendaklah menyampaikan salam kepada Rasulullah yang dikirimkan oleh saudara mara dan sahabat handai. Lafaz salamnya ialah السلام عليك يا رسول الله من فلان بن فلان . Sebutkan nama pengirim salam pada tempat فلان بن فلان jika diingati namanya. Jika tidak diingati nama pengirim salam atau pengirim salam terlalu ramai, maka sampaikan salam mereka kepada Rasulullah dengan lafaz السلام عليك يا رسول الله من كل من أوصانا واستوصانا

4. Setelah menyampaikan salam kepada Rasulullah, maka beralihlah pula kepada makam Saidina Abu Bakar dan ucapkan salam kepadanya dengan lafaz السلام عليك يا أبا بكر صفي رسول الله صلى الله عليه وسلم وثانيه في الغار جزاك الله عن أمة رسول الله صلى الله عليه وسلم خيرا

5. Selepas itu beralihlah pula kepada makam Saidina Umar bin al-Khattab dan ucapkan salam kepadanya dengan lafaz السلام عليك يا عمر الذي أعز الله به الإسلام جزاك الله عن أمة نبيه صلى الله عليه وسلم خيرا

6. Kepada jemaah haji yang menziarahi makam Rasulullah dan dua orang sahabat baginda ini, jangan lupa mengucapkan salam kepada mereka.



Thus Article Sampaikan Salam Kepada Rasulullah

Itulah artikel Sampaikan Salam Kepada Rasulullah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sampaikan Salam Kepada Rasulullah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/sampaikan-salam-kepada-rasulullah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sampaikan Salam Kepada Rasulullah"

Catat Ulasan

Loading...