Loading...

Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol

Loading...
Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol
link : Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol

Baca juga


Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol


NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan 80 lain cedera selepas rusuhan tercetus apabila seorang ketua agama kontroversi didapati bersalah merogol dua pengikut wanita.

Pihak berkuasa mengerahkan ratusan tentera ke Panchkula selepa pengikut Ram Rahim Singh, 50, membakar kereta, membaling batu dan menyerang van stesen televisyen termasuk satu yang diterbalikkan.

Lebih 100,000 orang dianggarkan pergi ke bandar di Haryana, utara India itu, untuk mendengar keputusan kes berkenaan.

Pegawai perubatan di hospital kerajaan Panchkula mengesahkan jumlah kematian dan kecederaan itu.

Susulan itu pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung di bandar berkenaan, manakala perkhidmatan Internet telefon bimbit disekat sejak awal lagi sebelum keputusan dibacakan.

Selepas berita sabitan Singh tersebar, keganasan turut dilaporkan di Punjab dan pinggir bandar Delhi.

Jurucakap Indian Railways Neeraj Sharma berkata: “Dua stesen kereta api dibakar di Punjab dan dua gerabak kosong hangus di sebuah stesen di Delhi.”

Ratusan kereta api dibatalkan perjalanan semalam, katanya.

Pendakwa, Harinder Pal Singh Verma mengesahkan keputusan mahkamah itu dalam prosiding yang diadakan secara tertutup dan berkata tarikh hukumannya ditetapkan pada 28 Ogos ini.

Singh terkenal sebagai ‘guru mengerlip’ kerana gemar pakaian serta kostum dengan pelbagai hiasan, walaupun sumber kekayaannya tidak diketahui.

Tuduhan difailkan selepas surat layang dihantar kepada bekas Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee pada 2002 kononnya oleh seorang mangsa rogol yang mendakwa beberapa pengikut wanita lain juga diperkosanya.

Hakim mengarahkan Biro Siasatan Persekutuan memeriksa dakwaan itu, tetapi mangsa hanya berjaya dikesan selepas beberapa tahun.

Wanita itu juga hanya bersetuju meneruskan kes pada 2007 seterusnya membolehkan Singh didakwa. – Agensi/myMetro Online


Thus Article Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol

Itulah artikel Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/rusuh-guru-kontroversi-bersalah-rogol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rusuh ‘Guru’ Kontroversi Bersalah Rogol"

Catat Ulasan

Loading...