Loading...

Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan

Loading...
Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan
link : Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan

Baca juga


Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan



Onn Abu Bakar

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa dadah masih dianggap menjadi musuh nombor satu negara berbanding rasuah sesuatu yang amat membimbangkan negara dan rakyat.

Menurut Nur Jazlan, sindiket pengedaran dadah memberi tumpuan terhadap penglibatan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah menengah.

Untuk makluman, sebanyak 78 peratus daripada 52,000 penagih dalam komuniti adalah orang muda berusia antara 19 hingga 39 tahun.

1. Saya percaya bahawa isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan sehingga kini masih tidak dapat diselesaikan adalah kerana wujudnya amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Martabat negara boleh jatuh di mata dunia jika setiap kejadian di negara ini berkait rapat dengan amalan rasuah.

2. Salah satu sebab mengapa isu rasuah terus wujud adalah kerana agensi-agensi penguatkuasaan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan telus. Penyakit rasuah ini jika tidak dibendung akan menghancurkan negara. Mana mungkin negara menjadi maju kalau pemimpinnya sanggup dijual beli.

Sekarang ini juga serata dunia mengenali Malaysia disebabkan pelbagai skandal rasuah yang terpalit di negara ini termasuk skandal 1MDB yang melibatkan Malaysian Official No 1 (MO1) yang dipercayai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

3. Bagi saya kerajaan seharusnya mengisytiharkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh paling utama negara, dalam pada masa sama, jangan mengetepikan isu dadah di kalangan pelajar dan belia yang harus di diberi perhatian serius.

4. Saya amat bimbang segala pencapaian ekonomi negara akan diserang oleh penyakit rasuah yang diibaratkan seperti barah yang memakan sel demi sel secara perlahan yang akhirnya membawa kematian kepada seseorang sekiranya tiada ubat yang sesuai untuk dirawati pada jangkamasa tertentu.

5. Apa akan terjadi kepada negara ini jikalau kesemuanya boleh dibeli dan semua orang ada harganya masing-masing? Seperti penagih dadah yang sanggup mencuri dan membunuh ahli keluarga demi melepaskan gian mereka, negara yang dibelenggu rasuah pasti akan digadai oleh puak-puak yang ketagihkan rasuah.

6. Persoalan yang ingin saya utarakan adalah sekiranya penagih dadah mempunyai pusat pemulihan, adakah kerajaan juga perlu mewujudkan pusat pemulihan untuk mereka yang ketagih rasuah ini? Atau, mungkinkah undang-undang mandatori seperti dadah untuk perasuah perlu diguna pakai demi menyelamatkan negara?

*Onn Abu Bakar,  Penyelaras Parlimen KEADILAN Sembrong, Ahli Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan Parti KEADILAN Rakyat



Thus Article Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan

Itulah artikel Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/rasuah-punca-segala-masalah-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rasuah Punca Segala Masalah Negara Tidak Dapat Diselesaikan"

Catat Ulasan

Loading...