Loading...

PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota

Loading...
PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota
link : PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota

Baca juga


PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota


KUANTAN: PAS Pahang mengumumkan akan bertanding di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota dan semua kerusi Dun dalam kawasan itu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14), nanti.

Pesuruhjayanya, Ustaz Rosli Abdul Jabar yang mengistilahkan sebagai ‘tiga kerusi panas’, berkata PAS juga akan bertanding di Parlimen Bentong termasuk kesemua kerusi Dunnya.

“PAS Pahang memutuskan demikian setelah menerima desakan jentera pilihan raya dan akar umbi parti ini setelah PAS tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi dengan PKR dan DAP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Ramah Mesra PAS Pahang bersama Media, di Medan Warisan di Kuantan, petang semalam.

Pada masa ini, kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota diwakili oleh PKR manakala DAP bertanding di Bentong pada PRU lalu.

Dalam Parlimen Indera Mahkota, PAS menang di Dun Beserah dan PKR menang di Dun Semambu pada PRU lalu.

Manakala di Kuantan, PAS menang di Dun Tanjung Lumpur dan PKR menang di Teruntum tetapi tewas di Inderapura.

Sebelum ini pada Konvensyen PAS Pahang April lalu, Ustaz Rosli mengumumkan akan bertanding sekurang-kurang 30 kerusi Dun dan 10 parlimen.

Sementara itu pada majlis yang sama Timbalan Pesuruhjaya, Andansura Rabu mengumumkan dua tawaran daripada 12 Manisfesto PAS Pahang.

Katanya, PAS serius untuk memerintah Pahang, oleh yang demikian sebanyak 12 tawaran akan dilaksanakan jika PAS diberi mandat.

“Pertama, PAS akan mengagihkan lot-lot tapak rumah kepada semua rakyat yang layak dengan keluasan 1,500 kaki persegi bagi setiap keluarga.

“Kedua, PAS akan meneroka dan memulihkan satu juta hektar tanah terbiar di seluruh negeri ini untuk dimanfaatkan oleh belia-belia negeri ini untuk perusahaan pertanian.

“Kedua-dua tawaran awal ini pada perkiraan kita akan memberi manfaat besar kepada rakyat yang memerlukan selain memberi pulangan yang lumayan juga kepada kerajaan negeri,” katanya. #sumber



Thus Article PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota

Itulah artikel PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/pru-14-pas-pahang-umum-akan-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU-14: PAS Pahang 'Umum' Akan Bertanding Parlimen Kuantan Dan Indera Mahkota"

Catat Ulasan

Loading...