Loading...

Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut

Loading...
Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut
link : Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut

Baca juga


Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut

KUCHING: Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan melanjutkan lagi tempoh moratorium atau penggantungan ke atas semua kegiatan perlombongan bauksit di Pahang yang akan berakhir pada 31 Disember tahun ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana pihak industri dilihat kurang memberi kerjasama dan tidak berminat menguruskan stok simpanan bauksit yang masih bertimbun di kawasan perlombongan.
“Tinjauan mendapati stok simpanan bauksit masih bertimbun, menjangkau sehingga kira-kira 4.8 juta tan metrik ketika ini, jika keadaan ini berterusan, ditambah dengan masalah kegiatan perlombongan haram, kita tidak mempunyai pilihan selain mungkin melanjutkan lagi tempoh moratorium pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan barang keperluan kepada penduduk Surau Darul Hijrah, Taman Impian, Bandar Baru Samariang di sini.
Kerajaan mengenakan moratorium atau penggantungan ke atas semua kegiatan perlombongan bauksit di negeri ini sejak Januari tahun lepas berikutan isu pencemaran alam sekitar dan tempohnya dilanjutkan beberapa kali sebelum diputuskan berakhir 31 Dis tahun ini.
Sepanjang tempoh moratorium itu, pihak industri melaksanakan tindakan seperti mengosongkan stok simpanan bauksit, mewujudkan sebuah kawasan simpanan bersepadu dan sistem pembersihan sisa bahan mineral itu seharusnya dilaksanakan.
Beliau berkata walaupun masih dalam tempoh moratorium, kegiatan melombong bauksit dipercayai masih dijalankan khususnya pada waktu malam.
Katanya pihak kementerian tidak mempunyai badan penguatkuasaan, justeru pembabitan agensi lain seperti polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras kegiatan perlombongan haram ini amat diperlukan.
“Di pihak kementerian, kami akan lihat dan siasat, jika ada antara syarikat pemegang permit yang diluluskan terbabit dengan kegiatan perlombongan bauksit secara haram ini, kita akan ambil tindakan batal permit mereka,” katanya. #sumber


Thus Article Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut

Itulah artikel Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/pihak-industri-dingin-tempoh-moratorium.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pihak Industri "Dingin", Tempoh Moratorium Bauksit Mungkin Di Lanjut"

Catat Ulasan

Loading...