Loading...

Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir

Loading...
Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir
link : Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir

Baca juga


Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan keganasan yang berlaku di forum “Nothing to Hide 2.0” minggu lalu, malah sempat bergurau penyerang perlu lebih tepat sasaran mereka sekiranya mahu mencederakan beliau di acara itu.
Dalam temu bual dengan FMT di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam, ahli politik berusia 92 tahun itu menceritakan kembali kejadian Ahad lalu dari sudut pandangnya.
“Saya sedang berdiri ketika itu menjawab soalan tentang Memali apabila mereka mula melontar kerusi dan botol.
“Tetapi peliknya, mereka bukan melontar ke arah saya, mereka melontar objek ke sebelah kanan saya, iaitu kerusi kosong untuk Najib,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan jemputan ke program tersebut, tetapi tidak hadir.
“Mungkin sasaran mereka tidak jitu, mungkin mereka rabun, tetapi barang yang dilontar itu tersasar, bukan ke arah saya,” katanya.
Keganasan tercetus sebaik sahaja Dr Mahathir menjawab soalan salah seorang daripada hadirin mengenai penglibatan beliau dalam peristiwa berdarah Kampung Memali di Kedah pada 1985.
Ia disusuli dengan kerusi, kasut dan suar dibaling ke arah pentas, memaksa penganjur membatalkan majlis. Polis setakat ini menangkap 13 orang yang disyaki menimbulkan kekacauan, dan bercadang memanggil penganjur kerana gagal menjamin keselamatan.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata para penyokongnya bimbang akan keselamatan dirinya ketika itu lalu menyerbu ke pentas.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak takut.
“Apa yang nak ditakutkan? Kerusi yang dilontar tidak mengenai saya, botol yang dibaling tidak mengenai saya.
“Semuanya dilontar ke sebelah kanan saya, dan di sebelah kanan saya ialah kerusi kosong.
“Oleh itu saya akan teruskan apa yang perlu saya lakukan. Saya tahu orang-orang itu (perusuh) orang upahan yang diajar untuk merusuh,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata kejadian seperti itu menunjukkan keganasan dalam politik akan bertambah dengan tujuan meraih sokongan.
Menurutnya, pihak berkuasa, termasuk pemimpin kerajaan tidak berbuat apa-apa yang menghentikannya.
Dalam kejadian “Nothing to Hide 2.0”, Dr Mahathir berkata pemimpin Umno cepat menuding jari kepada partinya, PPBM.
Dakwaan mengatakan PPBM merancang kekecohan itu tidak masuk akal sama sekali, katanya.
“Tetapi sudah tentu, berbohong perkara biasa dalam pemimpin kerajaan sekarang.”


Thus Article Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir

Itulah artikel Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/penyerang-mungkin-sasar-kerusi-kosong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyerang mungkin SASAR KERUSI 'KOSONG' NAJIB, kata Dr Mahathir"

Catat Ulasan

Loading...