Loading...
Tajuk : Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia
link : Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia
Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia
TAKZIAH… Penyanyi era tahun 1960-an, M. Y. Shamsudin, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya di ibu negara pada kira-kira pukul 11 malam Khamis akibat jangkitan paru-paru.
Menurut Fatimah Isa, 70, suaminya sebenarnya telah dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima bulan lepas berikutan mengalami sesak nafas.
Fatimah yang dihubungi Bernama hari ini berkata Allahyarham sebelum ini terlantar sakit akibat lumpuh selepas terjatuh 27 tahun lepas.
Katanya jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan lima cucu.
Fatimah juga adalah pasangan duet Allahyarham menghasilkan beberapa lagu popular pada era 60-an, antaranya Salah Sangka dan Dapat Kembali. – BERNAMA
Thus Article Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia
Itulah artikel Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/penyanyi-60-my-shamsudin-meninggal-dunia.html
0 Response to "Penyanyi 60-an M.Y. Shamsudin Meninggal Dunia"
Catat Ulasan