Loading...

Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide

Loading...
Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide
link : Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide

Baca juga


Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide


PROGRAM Nothing to Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam hari ini berakhir dengan kekecohan apabila beberapa hadirin dilihat membaling kerusi serta membakar suar.

Insiden itu berlaku apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan salah seorang hadirin.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Tun Mahathir dilihat terkedu apabila ditanyakan soalan mengenai kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengalihkan topik mengenai insiden Memali sehingga mencetuskan kekecohan dalam dewan tersebut.

Memetik laporan Agenda Daily, suasana hangat jelas kelihatan semasa Tun Mahathir sedang menjawab dan mempertahankan tindakan polis dalam kejadian Memali di Baling, Kedah pada tahun 1985.

Hadirin yang bertanyakan soalan mengenai isu Memali itu dikenalpasti seorang ahli PPBM.

Dalam kejadian itu, asap dan pancaran api kelihatan menjulang dari satu sudut dewan semasa insiden bermula malah ada juga pihak yang membaling kerusi dan selipar.


Difahamkan polis telah menahan beberapa orang yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.

Kejadian itu menyebabkan tetamu majlis lari bertempiaran apabila beberapa suar dibakar dalam dewan tersebut.

Pihak media difahamkan, Tun Mahathir dan isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali terus dibawa keluar daripada dewan berkenaan sejurus kejadian itu.

Program yang berlangsung pada jam 4.10 petang itu berjalan lancar selama lebih sejam sebelum kekecohan itu bermula.

Susulan insiden itu, pihak penganjur terpaksa membatalkan program tersebut yang pada awalnya dijadualkan tamat pada jam 6 petang.

Nothing to Hide 2.0 merupakan anjuran Armada Malaysia iaitu sayap pemuda Bersatu yang mana memperlihatkan kehadiran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selain Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide

Itulah artikel Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/penonton-amuk-tun-m-alih-jawapan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penonton Amuk Tun M Alih Jawapan Nothing 2 Hide"

Catat Ulasan

Loading...