Loading...

Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna

Loading...
Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna
link : Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna

Baca juga


Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna


SEORANG pelayan wanita di sebuah kelab eksklusif di London dibuang kerja kerana cuba untuk membawa pulang makanan tengah harinya gara-gara tidak sempat untuk menjamah hidangan itu ketika waktu kerja.

Majikannya di Oxford & Cambridge Club di Pall Mall menyelongkar tas tangan Silvia Mecato (gambar) ketika wanita itu ingin pulang dan terjumpa balutan lasagne yang dibungkus dalam kerajang timah.

Biarpun kelab mewah itu sememangnya menyediakan makanan percuma untuk pekerja, wanita berusia 43 tahun berkenaan tetap dituduh mencuri dan akhirnya dipecat.

Kelab yang turut menjadi pilihan selebriti seperti Stephen Fry, mantan Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto dan mantan Perdana Menteri United Kingdom, Clement Attlee itu tetap bertegas bahawa Silvia tidak mendapatkan keizinan daripada chef atau pengurus untuk membawa pulang makanan tersebut.

Silvia yang telah ditawarkan zero hours contract selama tiga tahun di kelab itu merayu untuk menentang keputusan tersebut.

Zero contract hours adalah sejenis kontrak antara majikan dan pekerja yang membolehkan majikan tidak perlu menetapkan sebarang waktu kerja minimum, sementara pekerja pula tidak terikat untuk melaksanakan sebarang kerja yang diminta.

Kata Silvia, pekerja diberi makanan pada waktu tertentu, tetapi dia tidak mempunyai masa untuk makan tengahari pada 27 Jun kerana terpaksa bekerja dua shif.

Wanita yang berasal dari Itali dan sudah menetap di England selama empat tahun itu menambah: “Pada waktu makan tengah hari, saya telah mengambil sepotong lasagne tetapi saya tidak mempunyai masa untuk memakannya. Jadi, saya tinggalkan di atas pinggan.

“Sebaik waktu kerja bagi shif kedua hampir tamat, saya balut dalam kerajang timah dan masukkan ke dalam peti sejuk kerana tidak mahu buang begitu saja,” jelasnya. – Daily Mail/mStar Online


Thus Article Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna

Itulah artikel Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/pelayan-kelab-dipecat-kerana-tapau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelayan Kelab Dipecat Kerana ‘Tapau’ Lasagna"

Catat Ulasan

Loading...