Loading...

Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas

Loading...
Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas
link : Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas

Baca juga


Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - Seorang pelajar tingkatan dua patah kaki kiri akibat dipukul oleh rakan sekelas yang berang dengan gurauan menyentuh rambutnya.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari di sebuah sekolah menengah di Senawang, pelajar berusia 14 tahun itu dikatakan telah mengusik rambut rakannya, menyebabkan remaja itu marah.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, mangsa memberitahu rakannya itu tiba-tiba marah dan menampar mukanya sebanyak dua kali.

"Mangsa terkejut dengan tindakan rakannya, lalu segera memohon maaf. Namun disebabkan kemarahannya yang tidak reda, akhirnya berlaku pergaduhan di antara mereka.

"Pergaduhan itu menyebabkan kaki kiri mangsa patah. Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah," katanya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis menerima laporan polis berhubung kejadian itu yang dibuat oleh kakak mangsa berusia 43 tahun.

Siasatan mendapati punca pergaduhan itu berlaku kerana mangsa bergurau dengan suspek.

"Berdasarkan laporan yang dibuat oleh kakak mangsa, adik lelakinya mengalami patah kaki akibat perbuatan salah seorang pelajar dari kelas yang sama.

"Mangsa memberitahu, dia telah bergurau dengan seorang rakan ketika di dalam kelas. Namun gurauannya itu telah menyebabkan rakannya itu marah walaupun mangsa telahpun meminta maaf.

"Suspek dikatakan mengangkat badan dan menjatuhkan kaki mangsa ke lantai menyebabkannya patah.

"Pihak sekolah membawa mangsa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan," katanya.

Polis telah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian


Thus Article Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas

Itulah artikel Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/patah-kaki-kerana-bergurau-sentuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Patah kaki kerana bergurau sentuh rambut rakan sekelas"

Catat Ulasan

Loading...