Loading...

[PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah

Loading...
[PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah
link : [PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah

Baca juga


[PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah



KUALA LUMPUR: Indonesia mengambil pendirian drastik dengan menarik diri daripada meneruskan perlawanan set kedua acara antara regu sepak takraw wanita menentang Malaysia pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Tertutup Titiwangsa malam tadi.
Insiden tersebut berlaku sebagai tanda bantahan jurulatih Indonesia terhadap keputusan pengadil Singapura, Mohd Radhi Che Mei membatalkan 4 servis yang dilakukan oleh perejam Lena ketika mendahului set kedua dengan 16-10.
Tindakan Indonesia itu memberi kemenangan secara pembatalan 2-0 kepada Malaysia selepas pasukan tuan rumah menang set pembukaan dengan keputusan 22-20.
Pengadil membatalkan servis yang dilakukan oleh Lena kerana dikatakan melakukan kesalahan mengangkat kaki kiri ketika melakukan servis buat kali ke-4.
Tindakan itu lantas tidak disenangi jurulatih republik itu, Asry Syam, yang terus meluru masuk ke gelanggang dan membuat isyarat tangan bagi memberhentikan perlawanan.
Asry juga menarik semua pemainnya ke hujung gelanggang dan mengarahkan semua pemainnya meninggalkan gelanggang.
Asry dan semua pemainnya – Dini Mita Sari, Leni, Florensia Cristy, Lena dan Evana Rahmawati dan kemudiannya bertindak meninggalkan Stadium Titiwangsa itu dengan sebuah kenderaan.
Wartawan yang membuat liputan turut gagal mendapatkan reaksi jurulatih itu.
Malaysia dijadual bertemu Thailand esok dalam perlawanan terakhir liga sepusingan yang bakal menentukan siapa pemillik pingat emas acara berkenaan.
Malaysia dan Thailand masing-masing menang dua perlawanan sebelum ini.
Indonesia dijadual menentang Filipina pada perlawanan akhir sepusingan untuk menentukan pingat gangsa.
Hanya Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina mengambil bahagian pada acara itu.


Thus Article [PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah

Itulah artikel [PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/panas-pasukan-indonesia-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[PANAS] Pasukan Indonesia KELUAR GELANGGANG dakwa pengadil berat sebelah"

Catat Ulasan

Loading...