Loading...

Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14

Loading...
Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14
link : Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14

Baca juga


Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14

Liya S.

pru14


Penganalisis politik menjangkakan Pakatan Harapan akan mengalami defisit undi Melayu pada PRU14 nanti.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ketiadaan Pas dalam gabungan Pakatan Pembangkang itu, menjadi antara punca undi Melayu tidak memihak kepada Pakatan Harapan.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Md Shukri berkata, kini orang Melayu Pas sudah tidak akan mengundi Pakatan, maka perolehan undi dari orang Melayu terhadap Pakatan akan susut dan defisit.

Katanya, Pas kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Beliau berkata, sejak kebelakangan ini, Pas lebih bersedia sebagai parti berkecuali dan pemerhati yang tidak memihak kepada suara-suara wakil rakyat dari Pakatan Harapan.

Katanya, walaupun Pas telah keluar dari Pakatan, namun di Dewan Rakyat, Pas memberi komitmen terhadap barisan Pembangkang dan menafikan desas-desus bahawa partinya mahu menjalinkan kerjasama politik dengan Umno.- Sinar




Thus Article Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14

Itulah artikel Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/pakatan-harapan-bakal-hilang-undi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pakatan Harapan Bakal Hilang Undi Melayu- PRU14"

Catat Ulasan

Loading...