Loading...

Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ

Loading...
Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ
link : Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ

Baca juga


Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ


ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya ada dua pilihan, sama ada menahan Jho Low dan melakukan siasatan dalam negara, atau bercuti serta-merta sehingga kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, susulan perkembangan terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengemukakan permohonan penangguhan saman sivilnya dan melakukan siasatan jenayah, ia boleh mengancam kedudukan Najib mahupun negara.

“Ini bermakna DOJ ada asas kukuh tahan Jho Low untuk disiasat dan beri  kesan kepada masa depan politik Najib, termasuk Malaysia kerana Jho Low tahu banyak rahsia berkaitan,” katanya selepas siri jelajah Invoke ‘Bina Semula Negara’, semalam.

Justeru katanya, adalah lebih baik Najib sendiri yang arahkan Jho Low ditahan dan dibawa balik ke Malaysia untuk pastikan AS tidak dapat berbuat demikian.

“Beliau orang yang rapat dengan Najib jika disoal siasat di AS, banyak bukti akan terlondeh dan dedahkan kerahsiaan negara, selain memalukan kita.

"Pilihan lain ialah Najib berkorban dan ambil cuti serta-merta daripada jawatan Perdana Menteri, kerana kita tak boleh kompromi Perdana Menteri ada hubungan rapat dengan individu dikaitkan skandal 1MDB,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu juga harus diambil tindakan segera oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Khalid tak boleh lagi bagi alasan, apabila AS buru Jho Low, ada kemungkinan beliau akan ditangkap. Khalid patut ketepikan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri dan bersikap amanah dan telus,” katanya.

Menurutnya, Najib tidak boleh ambil mudah dengan perkembangan terbaru itu kerana jika siasatan dilakukan di luar negara dan mengikut perundangan luar, risikonya lebih besar.

“Eloklah Najib bercuti sementara perkara itu diselesaikan secara baik kerana selagi bergelar Perdana Menteri, ia berisiko kepada negara dan ancam kedudukan Malaysia dari perspektif kepentingan negara,” katanya.

Mohd Rafizi berkata, hasil siasatan itu kelak akan menyebabkan integriti Najib dan negara lemah, selain jejaskan hubungan dua hala. - Sinar Harian


Thus Article Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ

Itulah artikel Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/najib-hanya-ada-dua-pilihan-ekoran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib hanya ada dua pilihan ekoran Tindakan Terbaru DOJ"

Catat Ulasan

Loading...