Loading...

Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan

Loading...
Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan
link : Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan

Baca juga


Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan

 
Mahdzir Khalid berkata walaupun bersimpati dengan guru-guru terbabit, keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama bertugas dan tinggal berasingan daripada pasangan mereka.


Mahdzir-Khalid-guru


SERDANG: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menasihati guru baharu yang belum disahkan dalam jawatan agar tidak memohon bertukar sekolah untuk mengikut pasangan masing-masing.

Ini kerana katanya walaupun bersimpati dengan guru terbabit, keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama bertugas dan tinggal berasingan daripada pasangan mereka.

“Kadang-kadang guru ini baharu ditempatkan selama setahun tapi sudah berkahwin. Jadi, alasan dia (untuk bertukar) ialah sudah berkahwin dan ingin ditempatkan bersama suami atau isteri.

“Mereka perlu mempunyai ‘mindset’ selepas 3 tahun baru (boleh) bertukar. Mudah bagi kementerian jika semua (berfikiran) begitu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Insitut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan kelapan, di sini.

Mahdzir berkata beliau banyak menerima permohonan sedemikian daripada guru-guru yang datang bertemunya secara peribadi sama ada di pejabatnya atau di majlis-majlis yang dihadirinya.

Selain itu katanya, kementerian juga tidak dapat memenuhi semua permohonan guru untuk bertukar dan bertugas di negeri asal.

“Contohnya Kelantan. Guru yang berasal dari Kelantan dan mengajar di luar negeri itu lebih ramai daripada bilangan guru yang berkhidmat di Kelantan sendiri.

“Jadi sukar untuk mendapatkan tempat melainkan ada guru yang bersara atau terdapat sekolah baharu yang dibangunkan,” jelasnya.

Konvokesyen kali ini menyaksikan 5,978 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dan Diploma Perguruan Malaysia.

Bagi kumpulan graduan kali ini, kira-kira 5,000 berjaya mendapat penempatan di seluruh negara, kata Mahdzir.



Thus Article Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan

Itulah artikel Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/menteri-guru-baharu-tak-patut-minta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Menteri: Guru baharu tak patut minta tukar sebelum sah jawatan"

Catat Ulasan

Loading...