Loading...

Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…

Loading...
Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya… - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…
link : Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…

Baca juga


Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…


WASHINGTON DC – Tentu sekali ramai yang sering beli-belah atas talian tidak perlu mengharungi kesesakan jalan raya khususnya pada waktu sibuk dan menikmati harga produk lebih murah.

Bagaimanapun anda juga perlu berwaspada ketika berbelanja secara online. Jangan jadi seperti wanita Amerika Syarikat ini yang asalnya begitu teruja mahu membeli sebuah kerusi untuk diletakkan dalam bilik pejabat!

Menurut media antarabangsa yang memetik catatan menerusi akaun Twitter seorang netizen dikenali sebagai Savannah, dia menempah sebuah kerusi plastik yang agak unik daripada laman beli-belah popular Amazon.

Ekoran amat tertarik dengan tawaran harga istimewa kerusi tersebut yang begitu rendah, iaitu AS$10 (kira-kira RM43) berbanding banyak lagi kerusi lain di pasaran, dia tidak ragu-ragu untuk segera menempah pembeliannya.

Namun alangkah terperanjat apabila kiriman penghantaran kerusi yang ditempah itu akhirnya tiba! Ia langsung tidak seperti apa yang dia jangkakan meskipun masih lagi boleh diletakkan dalam ruang sempit pejabatnya.


Kerusi yang ditempah memang seperti apa tertera dalam laman Amazon tersebut, tetapi ia amatlah kecil bahkan sebenarnya merupakan sebuah kerusi memang bersaiz kecil sesuai dijadikan perhiasan atau alat permainan.

Savannah kemudian memuat naik gambar serta pengalamannya menerusi Twitter dan orang ramai menasihatinya untuk terlebih dahulu rajin membaca keterangan dan ukuran yang tertera sebelum mengisi butiran tempahan.

Wanita tersebut dalam komen turut mengakui ia satu kesilapan dirinya sendiri tetapi menurutnya menerusi laman Twitternya, dengan harga yang begitu rendah, dia hanya membeli terus kerusi itu tanpa sempat berfikir dua kali.

Walaupun begitu, Savannah tidak menyesal atas pembeliannya itu kerana pengalaman tersebut amat lucu sambil menasihati pengguna lain untuk tidak pula mengulangi kesilapan serupanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…

Itulah artikel Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya… dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/mahu-beli-kerusi-dari-amazon-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahu Beli Kerusi Dari Amazon Dan Dapatnya…"

Catat Ulasan

Loading...