Loading...
Tajuk : Kurung Anak Dalam Almari Kerana Mahu Mandi Kolam
link : Kurung Anak Dalam Almari Kerana Mahu Mandi Kolam
Kurung Anak Dalam Almari Kerana Mahu Mandi Kolam
INI namanya tiada otak. Kerana hendak bersenang lenang tanpa gangguan, sepasang suami isteri telah mengurung anak mereka di dalam almari awam ketika mereka sedang mandi di kolam renang.
Menurut laman web Kan Kan News, perkara itu disedari oleh seorang pekerja di kolam renang awam itu selepas dia membantu pasangan berkenaan membuka pintu almari.
Sebaik pintu dibuka, alangkah terkejutnya dia melihat seorang kanak-kanak berada di dalamnya.
Bagaimanapun tidak diketahui berapa lama kanak-kanak tersebut dikurung di dalam almari awam terbabit.
Ketika dikeluarkan, kanak-kanak tersebut menangis namun tiada tanda-tanda menunjukkan dia mengalami sesak nafas atau lemas.
Selepas video berkenaan dimuatnaik di media sosial, orang ramai mengecam pasangan itu yang disifatkan sebagai pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab.
Ada juga bimbang kanak-kanak terbabit akan mengalami ketakutan dan fobia pada masa depan dek tingkah laku gila ibu dan bapanya. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Kurung Anak Dalam Almari Kerana Mahu Mandi Kolam
Itulah artikel Kurung Anak Dalam Almari Kerana Mahu Mandi Kolam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kurung Anak Dalam Almari Kerana Mahu Mandi Kolam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/kurung-anak-dalam-almari-kerana-mahu.html
0 Response to "Kurung Anak Dalam Almari Kerana Mahu Mandi Kolam"
Catat Ulasan