Loading...

Kuih Tradisional Badak Berendam

Loading...
Kuih Tradisional Badak Berendam - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kuih Tradisional Badak Berendam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kuih Tradisional Badak Berendam
link : Kuih Tradisional Badak Berendam

Baca juga


Kuih Tradisional Badak Berendam

Bahagia rasa kalau dapat menikmati kuih tradisional badak berendam selalu. Tapi tak boleh selalu sangat sebab manis dan berlemak tak baik untuk kesihatan. Jadi, makan bila teringin pun dah memadai. Sebenarnya dah lama berhajat nak buat kuih badak berendam ni. Konon nak belajar buat sendiri sebab kalau nak harapkan orang lain buat atau beli kat kedai yang tak tahu entah mana memang lambat lah dapat. 

Jadi, berkat kegigihan cuba buat kuih badak berendam ni. Akhirnya menjadi juga kuih badak berendam masak cara Fiza. Walaupun tak sempurna orang yang lebih pakar masak tapi at least usaha berbabloi sebab dapat makan kuih badak berendam sedap hasil tangan sendiri. Nak lagi sedap kuah santan tu kena lagi pekat dan lebih berkuah, barulah berendam. Ini kira badak separa rendam. 

resepi kuih badak berendam

Cara nak buat kuih badak berendam ni mudah je dan bahan-bahan tak banyak digunakan. Jika inginkan kuih badak berendam sedap manis dan lemak, sila gunakan kelapa muda untuk inti dan santan tu. Mula-mula sekali siapkan inti kelapa terlebih dahulu


Bahan-Bahan Inti Kelapa

Kelapa parut muda (separuh biji kelapa muda)
1 bongkah gula melaka
1 helai daun pandan
4 sudu gula pasir
1 cawan air


Cara Cara Buat Inti Kelapa

1. Didihkan air dan masukkan gula melaka sehingga larut sebati.
2. Masukkan daun pandan, kemudian masukkan kelapa parut dan kacau rata.
3. Masukkan gula kemudian kacau sebati sehingga inti agak kering.

Setelah inti siap, angkat dan masukkan dalam bekas. Biarkan sejuk sementara tu boleh siapkan doh pula.

resepi kuih badak berendam

Bahan-Bahan Doh

250gram tepung pulut (1/2 pack)
air secukupnya. *Nak lagi sedap boleh gunakan perahan santan
1/2 sudu kecil garam
2 sudu pulut hitam ( di kisar dan di tapis)


Cara- Cara Buat Doh

1. Masukkan tepung, Tapisan pulut hitam dan garam dalam bekas besar. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan kacau sehingga menjadi doh yang tidak melekat dan boleh dibentuk. Kemudian uli sikit supaya lebih rata dan padat.

Bila doh dah siap, barulah masukkan inti ke dalam doh. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan kemudian leperkan barulah letak inti kelapa. Kelim doh dan bulat-bulat kan semula. Letak minyak sikit atas bekas/dulang untuk elakkan doh melekat.

resepi kuih badak berendam

Doh yang telah siap perlu di masak terlebih dahulu sebelum masukkan dalam kuah. Cara nak masak hanya perlu didihkan air dalam periuk dan masukkan doh. Cara masak macam masak kuih buah melaka. Bila doh dah terapung, itu tandanya dah masak. Angkat dan masukkan dalam kuah. Sementara kau orang tunggu doh masak ni, dalam masa yang sama boleh didihkan kuah dulu.

 
Bahan Kuah Santan

Santan ( 1 biji kelapa )
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan


Cara-cara Buat Kuah Santan

Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau rata sehingga pekat.

Doh yang dah masak tadi masukkan dalam kuah santan yang dah masak tu. Kemudian dah boleh hidangkan. Sesuai di makan untuk minum petang.


Thus Article Kuih Tradisional Badak Berendam

Itulah artikel Kuih Tradisional Badak Berendam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kuih Tradisional Badak Berendam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/kuih-tradisional-badak-berendam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kuih Tradisional Badak Berendam"

Catat Ulasan

Loading...