Loading...
Tajuk : KPM lapor polis dituduh buang foto Mahathir daripada buku teks
link : KPM lapor polis dituduh buang foto Mahathir daripada buku teks
KPM lapor polis dituduh buang foto Mahathir daripada buku teks
BERNAMAKementerian Pendidikan (KPM) membuat laporan polis terhadap dua pihak berikutan dakwaan yang tular di media sosial bahawa kementerian itu telah mengubah sejarah Malaysia dengan mengeluarkan gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada buku teks sekolah.
KPM dalam kenyataannya berkata laporan itu dibuat terhadap penerbit buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan Tiga dan pihak yang memulakan penyebaran maklumat palsu itu.
KPM kesal dengan tuduhan tersebut dan berdasarkan hasil semakan, buku tersebut bukan terbitan KPM dan ingin menegaskan setiap penulisan buku teks keluaran KPM adalah berdasarkan dokumen kokurikulum dan fakta sebenar yang berlaku pada masa atau tempoh berkenaan.
Sehubungan itu, KPM memohon kepada orang ramai supaya menghentikan penyebaran palsu tersebut dalam media sosial agar tidak menjadi polemik yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat negara ini.
Thus Article KPM lapor polis dituduh buang foto Mahathir daripada buku teks
Itulah artikel KPM lapor polis dituduh buang foto Mahathir daripada buku teks Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel KPM lapor polis dituduh buang foto Mahathir daripada buku teks dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/kpm-lapor-polis-dituduh-buang-foto.html
0 Response to "KPM lapor polis dituduh buang foto Mahathir daripada buku teks"
Catat Ulasan