Loading...
Tajuk : Kenapa rambut asyik gugur je ni?
link : Kenapa rambut asyik gugur je ni?
Kenapa rambut asyik gugur je ni?
Kenapa rambut asyik gugur je ni? | Assalamualaikum wbt. Memang tak dinafikan, sejak cikla melahirkan adik Zarra rambut memang selalu gugur. Mungkin disebabkan perubahan hormon kot. Tapi, kalau korang nak tau simptom pesakit tiroid pun salah satunya rambut gugur jugak. Sebelum pembedahan total thyroidectomy 3 bulan lepas memang rambut gugur je. Lepas pembedahan, alhamdullillah rambut dah kurang gugur dah. Kalau gugur pun sehelai dua je.
Sebenarnya, ada banyak sebab lain mengapa rambut asyik gugur je. Nak tau tak? Jom baca apa yang cikla nak share ni...
Kenapa rambut asyik gugur je ni?
Untuk pengetahuan korang, ada beberapa punca mengapa rambut korang asyik gugur je. Antaranya ;
- Pada yang suka mewarnakan rambut, korang berisiko mengalami keguguran rambut sebab bahan pewarna yang terkena pada kulit kepala akan merasakan akar rambut. Jadi, rambut akan mudah terputus dan gugur.
- Tabiat menyikat rambut dengan kasar serta menggunakan sikat yang tak sesuai dengan jenis rambut. Sebaiknya, mata sikat yang digunakan tak terlalu rapat dan tajam sebab ia boleh mencederakan kulit kepala dan liang akar rambut akan terbuka. Kecederaan pada akar rambut juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan kulat kesan dari pencemaran.
- Faktor luaran seperti pencemaran kimia iaitu sebatian sintetik, bahan pengawet yang ada dalam produk penjagaan rambut dan sebagainya. Selain itu, faktor pencemaran biologi yang mana ia disebabkan jangkitan kulat, dan kuman dalam udara yang menyebabkan kerosakan akar rambut.
- Jangan tak percaya, tekanan boleh menyebabkan rambut gugur.
So, apa yang penting pastikan akar rambut mendapat nutrien yang secukupnya. Di samping kita mengamalkan diet sihat yang penting untuk tumbesaran rambut tapi nutrien dari luar jugak penting. Elak dari memakai shampoo yang mengandungi bahan kimia seperti ammonium dan silikon sebab sebatian ini boleh mempercepatkan kerosakan pada akar rambut berlaku.
Selain itu, jangan selalu sangat menyikat rambut dan elak dari mencuci rambut menggunakan sabun sebab ia mengandungi sodium hidroksida. Sebaiknya, urut kulit kepala dengan menggunakan jari supaya aliran darah menjadi lebih lancar.
Semoga bermanfaat...
Sumber Harian Metro.
Thus Article Kenapa rambut asyik gugur je ni?
Itulah artikel Kenapa rambut asyik gugur je ni? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kenapa rambut asyik gugur je ni? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/kenapa-rambut-asyik-gugur-je-ni.html
0 Response to "Kenapa rambut asyik gugur je ni?"
Catat Ulasan