Loading...
Tajuk : Kaki Masuk Lubang Jamban, Sejam Tahan Sakit
link : Kaki Masuk Lubang Jamban, Sejam Tahan Sakit
Kaki Masuk Lubang Jamban, Sejam Tahan Sakit
SEORANG budak lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira sejam berikutan kaki kiri tersangkut dalam lubang tandas kediamannya di Kampung Pair Tambahan, Batang Kali, Selangor hari ini.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu terjadi ketika mangsa, Muhammad Waitul dan berusia lingkungan tujuh tahun, dilaporkan mahu ke tandas untuk mandi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah dimaklumkan berkenaan insiden tersebut kira-kira jam 11.37 pagi.
“Kanak-kanak itu dikatakan hendak mandi sebelum tergelincir dan buku lali kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas.
“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memecahkan sebahagian mangkuk tandas berkenaan bagi mengeluarkan kaki mangsa,” katanya dipetik Harian Metro.
Tambahnya lagi, pihak bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan kaki mangsa selepas usaha menggunakan minyak pelincir menemui kegagalan.
Kaki mangsa didapati lebam dan pihak bomba menasihati penjaga kanak-kanak itu untuk membawanya ke klinik bagi rawatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura
Thus Article Kaki Masuk Lubang Jamban, Sejam Tahan Sakit
Itulah artikel Kaki Masuk Lubang Jamban, Sejam Tahan Sakit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Kaki Masuk Lubang Jamban, Sejam Tahan Sakit dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/kaki-masuk-lubang-jamban-sejam-tahan.html
0 Response to "Kaki Masuk Lubang Jamban, Sejam Tahan Sakit"
Catat Ulasan