Loading...

Jaga-jaga tandukan Thanabalan

Loading...
Jaga-jaga tandukan Thanabalan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jaga-jaga tandukan Thanabalan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jaga-jaga tandukan Thanabalan
link : Jaga-jaga tandukan Thanabalan

Baca juga


Jaga-jaga tandukan Thanabalan



Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
NALURI pemusnah dimiliki penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara N Thanabalan bakal menjadi senjata utama untuk merobek gawang Thailand pada pertembungan final di Stadium Shah Alam, Selasa ini.

Dia sentiasa berada tepat pada masanya di dalam kotak penalti untuk meledak gol.

Namun bisa sebenar dimiliki Thanabalan adalah tandukannya seperti dilakukan ketika menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Indonesia pada aksi separuh akhir semalam.

Malah ia adalah gol ketiga menerusi tandukan daripada empat gol keseluruhan dalam kempen kali ini.

Pemain berusia 22 tahun dari Seremban itu mengakui kemahiran tandukannya lebih baik berbanding jaringan menerusi sepakan hasil latihan menanduk bola ke dinding ketika di rumah.

“Saya memang suka menjaringkan gol dengan tandukan sejak bermain bola sepak sesama kecil lagi.

“Memang jaringan tandukan saya lebih baik daripada sepakan.

Saya belajar menanduk bola daripada bapa (S Nadarajah) dan jurulatih Khalid Shahdan serta beberapa jurulatih lain.

“Bila di rumah, saya suka-suka berlatih menanduk bola ke dinding,” katanya.

Bagaimanapun, Thanabalan mengakui tanpa bantuan rakan sepasukan, dia tidak akan berpeluang menjaringkan gol.

“Saya perlu berterima kasih kepada rakan sepasukan, kalau mereka tidak melakukan hantaran yang baik, menyukarkan saya menjaringkan gol,” jelasnya.

Mengulas pertemuan dengan Thailand, pemain FELCRA FC itu sedar mereka perlu lebih berhati-hati.

“Kita kena fokus bertemu Thailand, tak boleh leka, kena berjuang habis-habisan. Kita sudah layak ke final jadi jangan sia-siakan peluang ini.

“Kita kalah kepada Thailand 3-0 pada kelayakan AFC (B-23) di Bangkok bulan lalu, jadi ini peluang untuk menebus kekecewaan itu,” kata Thanabalan.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 8:41 PM


Thus Article Jaga-jaga tandukan Thanabalan

Itulah artikel Jaga-jaga tandukan Thanabalan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jaga-jaga tandukan Thanabalan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/jaga-jaga-tandukan-thanabalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jaga-jaga tandukan Thanabalan"

Catat Ulasan

Loading...