Loading...

Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia

Loading...
Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia
link : Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia

Baca juga


Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia


JAKARTA – Presiden Joko Widodo hari ini memaafkan Malaysia mengenai insiden bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang diedarkan pada upacara pembukaan sukan itu, Sabtu lalu.

Staf Khusus Presiden Bidang Komunikasi, Johan Budi Saptopribowo, berkata presiden itu sememangnya hanya menunggu permohonan maaf dari Malaysia sebaik isu itu timbul.

Media dalam talian memetik Johan sebagai berkata, Presiden Jokowi juga berharap rakyat Indonesia tidak memberi reaksi berlebihan atas kesilapan panitia Sukan SEA di Malaysia.

“Yang penting, sekarang kan sudah ada permintaan maaf dan buku cenderamata itu mahu ditarik balik, itu yang diharapkan oleh presiden dan Malaysia sudah minta maaf,” katanya di Kompleks Istana Kepresidenan, di sini, hari ini.

Malaysia, menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia mengenai kesalahan cetakan bendera Indonesia itu.

Sementara itu, Naib Presiden Jusuf Kalla pula berkata, semua pihak diminta supaya tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan memandangkan kerajaan Indonesia telah memaafkan kesilapan pihak jawatankuasa penganjur Sukan SEA Ke-29 itu.

“Kan Pemerintah Malaysia sudah minta maaf, apalagi? Pemerintah (kerajaan Indonesia) menerima itu dengan terbuka, semua orang bisa (boleh) melakukan kesalahan,” katanya seperti yang dipetik oleh Kompas.com.

Beliau berkata, Kerajaan Indonesia memahami kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Ini kan kesalahan teknis (teknikal) yang tidak disengaja, tidak mungkin Kerajaan Malaysia sengaja. Ini kan mungkin tukang (pihak) percetakannya yang tidak faham, ini soal ketelitian,” katanya. – BERNAMA


Thus Article Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia

Itulah artikel Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/isu-bendera-terbalik-indonesia-maafkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Bendera Terbalik: Indonesia Maafkan Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...