Loading...

Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun

Loading...
Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun
link : Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun

Baca juga


Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun


MARAN – Seorang isteri telah membuat keputusan untuk menularkan suaminya sendiri kerana didakwa telah mencabul dan merogol anak perempuannya yang masih berusia 9 tahun.

“Tanpa rasa malu, saya mohon sahabat di Facebook tolong viralkan sampai si pelaku atau suami saya ini kena tangkap. Sudah ada dua waran tangkap. Kes pukul dan kes cabul anak perempuan saya bawah umur,” tulis Hanifah Wan di Facebook, jam 11.07 pagi, 22 Ogos lalu.

Wanita yang dikenali di Facebook sebagai Hanifah Wan telah memuat naik gambar kad pengenalan suami durjananya itu dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesan suspek. Kejadian itu sudah lama berlaku namun dia baru mengetahuinya selepas dimaklumkan oleh guru besar sekolah anaknya.


“Sebenarnya kes ini sudah lama. Saya dapat tahu pun dah lambat. Anak saya dah tak tahan diugut dengan ayah tiri dan dia mengadu pada guru sekolah yang rapat dengannya.

“Saya dipanggil oleh guru besar dan beliau telah menceritakan satu persatu perbuatan suami yang merogol anak tirinya sejak dari mangsa berusia 9 tahun,”jelasnya.

Pada keesokan hari selepas dia mengetahui tentang kejadian itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Bahagian Pelindung Kanak-Kanak telah membawa mangsa dan dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Hasilnya, pihak pakar telah mendapati bahawa terdapat kesan koyak di bahagian kemaluan mangsa.

Tambah Hanifah lagi ketika ditemui oleh pihak media The Reporter, selepas sahaja mendapat tahu bahawa dirinya sedang viral di media sosial, suspek telah melarikan diri ke Melaka.

Menurut Hanifah lagi, kes ini telah berlaku pada tahun lalu dan dia telah membuat laporan polis pada tahun yang sama serta pihak mahkamah juga telah mengeluarkan waran tangkap tetapi suspek masih lagi bebas di luar sana. Sebab itulah dia mengambil keputusan untuk tularkan suaminya itu di laman sosial.

Kerana tidak mahu tunggu lebih lama lagi, Hanifah merancang untuk membawa kes itu ke Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk teruskan operasi memberkas suspek yang dikatakan masih lagi berada di sekitar Melaka.

“Minta tolong jika ada ternampak suspek ini, laporkan pada balai polis berdekatan. Saya akan bagi ganjaran pada sesiapa yang beri maklumat sehingga dia ditangkap polis,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah


Thus Article Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun

Itulah artikel Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/isteri-viralkan-suami-rogol-anaknya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isteri Viralkan Suami Rogol Anaknya Berusia 9 Tahun"

Catat Ulasan

Loading...