Loading...

Hakim baru akan dengar permohonan Anwar

Loading...
Hakim baru akan dengar permohonan Anwar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hakim baru akan dengar permohonan Anwar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hakim baru akan dengar permohonan Anwar
link : Hakim baru akan dengar permohonan Anwar

Baca juga


Hakim baru akan dengar permohonan Anwar

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Susulan tindakan penarikan diri hakim kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, permohonon bekas ketua pembangkang itu supaya dibebaskan daripada tahanan ekoran mendakwa tidak mendapat perbicaraan yang adil akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu.
 
Hakim Datuk Wira Kamaludin Md. Said baru-baru ini membuat keputusan menarik diri daripada mendengar permohonan Anwar kerana beliau sebelum ini pernah mengendalikan tiga kes melibatkan bekas Ketua Pembangkang itu.
 
Anwar membuat permohonan tersebut dalam saman pemula yang difailkan pada 9 Jun lalu atas alasan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwaan kononnya tidak bebas dan dipengaruhi dengan wang.
 
Pada 21 Jun lalu, Hakim Kamaludin memerintahkan Peguam Kanan Persekutuan, Nadia Hanim Mohd. Tajuddin memfailkan afidavit bagi pihak kerajaan.
 
Afidavit tersebut bagi menjawab saman pemula tersebut dan juga permohonan penzahiran (discovery) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Muhammad Shafee supaya mereka mengemukakan penyata bank dalam tempoh tertentu.
 
Menerusi permohonan penzahiran itu, Ketua Umum PKR itu menggesa Najib mendedahkan penyata akaun bank yang dimiliknya antara tempoh Ogos 2013 hingga Oktober 2013 dan Januari 2014 hingga Mac 2014.
 
Shafee didakwa menerima bayaran sebanyak dua kali daripada Najib, iaitu pada 11 September 2013 sebanyak RM4.3 juta dan 17 Februari 2014 sebanyak RM5.2 juta.
 
Dakwa Anwar, bayara itu dibuat kira-kira 18 hari sebelum pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pelepasan dan pembebasannya atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
 
 


Thus Article Hakim baru akan dengar permohonan Anwar

Itulah artikel Hakim baru akan dengar permohonan Anwar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hakim baru akan dengar permohonan Anwar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/hakim-baru-akan-dengar-permohonan-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hakim baru akan dengar permohonan Anwar"

Catat Ulasan

Loading...