Loading...

Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M

Loading...
Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M
link : Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M

Baca juga


Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M



MACHANG: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yakin gabungan pembangkang pada pilihan raya akan datang mampu menggulingkan kerajaan PAS di Kelantan, yang menurutnya kaya dengan sumber alam dan rakyat tetapi warganya terpaksa bekerja di negeri orang.
“Kemajuan Kelantan terhalang kerana kita perlu ada kecekapan,” kata bekas perdana menteri itu membidas kebolehan pentadbiran PAS sekarang ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian PH Kelantan di Machang hari ini. Kira-kira 1,000 orang hadir ke majlis itu.
“Kelantan negeri termiskin sebabnya sumber alam memang ada, tenaga manusia memang ada dan cukup baik, tapi oleh kerana pemerintah tidak tahu bangunkan Kelantan, ramai orang Kelantan terpaksa bekerja di negeri lain.”
Beliau berkata tadbir urus kerajaan memberi kesan kepada peluang pekerjaan di satu-satu tempat, dan ketiadaan peluang antara sebab penghijrahan keluar rakyat.
“Saya dapati sekarang ini ramai juga orang Melayu yang tak suka tinggal di negara mereka. Sekarang ini berada di Australia bekerja sebagai buruh kerana di sini tiada peluang,” katanya.
Dr Mahathir hari ini menjejakkan kaki ke Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS, bagi melancarkan penubuhan gabungan pembangkang.
Walaupun keadaan berlumpur di lokasi perasmian susulan hujan lebat sebelum majlis bermula, ia tidak menghalang bekas perdana menteri itu memenuhi jemputan sebagai tetamu khas.
Di majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya tidak menghakimi pengundi yang mengambil sumbangan daripada Umno, namun menggesa mereka mengundi PH pada PRU14.
“Nak ambil duit dari Umno ambil la, tapi undi kita jangan beri, kita undi Pakatan Harapan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu yakin rakyat Kelantan cerdik dan pandai membuat pilihan parti mana mahu diberi mandat mentadbir negeri.
Katanya, sudah masanya rakyat Kelantan menukar pemimpin kerajaan Kelantan kepada Pakatan Harapan.
Nurul Azwa menyumbang kepada laporan ini.


Thus Article Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M

Itulah artikel Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/gagal-majukan-kelantan-ph-sedia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gagal majukan Kelantan, PH sedia gulingkan PAS, kata Dr M"

Catat Ulasan

Loading...