Loading...

Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).

Loading...
Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY). - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY)., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).
link : Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).

Baca juga


Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).

Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY). | Assalamualaikum wbt. Alhamdullillah, sudah tiga bulan lebih cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy. Syukurlah, selepas pembedahan semuanya ok dan cikla bertambah sihat. Kalau korang nak tau 'perjalanan' cikla bersama tiroid ni dari awal sampailah cikla menjalani rawatan radioiodin, korang klik di SINI.  Mungkin ada yang tak tau pasal pembedahan ni. Macam cikla pun sama, sebelum cikla menjalani pembedahan memang tak tau apa-apa jugak. Time tu tercari-cari jugak info pasal ni, iyelah nak jugak tau kan apa dia thyroidectomy ni, apa nak buat sebelum pembedahan, apa yang berlaku semasa pembedahan, dan yang paling penting kesan selepas pembedahan.

So, cikla nak share beberapa info penting mengenai thyroidectomy ni. Manalah tau ada tercari-cari info mengenai ini. Sekurang-kurangnya dapat gambaran jugak kan apa yang berlaku nanti...

Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).


Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).


Secara umumnya, pembedahan tiroid (thyroidectomy) terbahagi kepada pembedahan separuh kelenjar tiroid (hemithyroidectomy) dan pembedahan keseluruhan kelenjar tiroid (total thyroidectomy). Prosedur ini boleh dilakukan di mana-mana hospital kerajaan yang mempunyai perkhidmatan pakar bedah. Pembedahan ini akan dilakukan apabila ;

  1. Pesakit menghidap kanser tiroid. 
  2. Pesakit disuspek kanser tiroid. 
  3. Pesakit mempunyai bengkak tiroid tau goiter yang besar. 
  4. Pesakit hyperaktif tiroid dan grave's  disease yang gagal dengan rawatan ubat.


Sebelum pembedahan dijalankan, pesakit akan ;

  1. dirujuk kepada pakar ENT (Ear, Nose, Throat) untuk penilaian peti suara. 
  2. dirujuk ke klinik bius untuk memastikan kesihatan pesakit berada pada tahap optimum dan mampu menjalani bius penuh sebelum pembedahan dilakukan. 
  3. berpuasa mulai 12 tengah malam.
  4. dikehendaki memastikan tahap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi adalah terkawal.


Pembedahan akan dibatalkan jika pesakit mengalami demam, selsema, batuk atau lain penyakit yang boleh menyebabkan bahaya jika pembedahan diteruskan. Ubat cair darah seperti Aspirin perlu dihentikan 7 hari sebelum pembedahan. Untuk pengetahuan korang, pembedahan akan dilakukan di bawah bius penuh. Biasanya, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad. 

Tapi, pembedahan hemithyroidectomy mungkin boleh dibuat secara rawatan harian di mana pesakit akan dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas pembedahan. Pembedahan akan mengambil masa sehingga 2 jam atau lebih. Insist melintang (kolar) akan dibuat di pangkal leher sepanjang 5 cm hingga 7 cm. Tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan darah yang terkumpul.


Selepas pembedahan, bila kembali semua ke dalam wad, pesakit akan dinilai oleh doktor yang bertugas sebelum dibenarkan makan atau minum. Ubat tahan sakit akan diberi secara berkala, dan tiub cecair akan dikeluarkan bila cecair berkurangan (biasanya pada hari ke-2). Kebanyakan pesakit akan dibenarkan keluar hospital selepas 2 hari pembedahan. Pesakit hendaklah mendapatkan rawatan di klinik SOPD atau klinik lain yang terdekat sekiranya luka pembedahan menjadi merah, panas, bengkak atau sakit. Jika pesakit menjalani pembedahan total thyroidectomy macam cikla ni, pesakit akan dibekalkn dengan ubat L-Thyroxine dan kalsium. Ubat L-Thyroxine ini perlu dimakan seumur hidup untuk mengelakkan pesakit menjadi letih dan lesu akibat dari kekurangan hormon tiroid.

Untuk rawatan susulan selepas pembedahan, tarikh temujanji akan diberikan sebelum pesakit keluar dari hospital. Semasa rawatan susulan, luka pembedahan akan diperiksa dan pesakit akan diberitahu mengenai keputusan histopatologi (HPE) dan jika pesakit perlu jalani rawatan selanjutnya.

Semua pembedahan pasti ada risiko dan komplikasi yang mungkin berlaku. Begitu jugak dengan pembedahan tiroid ni. Antara risiko dan komplikasinya adalah seperti berikut ;

  1. Perubahan pada suara mungkin berlaku jika kecederaan pada RECURRENT LARYNGEAL NERVE (risiko ialah 1%) iaitu kecederaan kekal kepada salah satu saraf  boleh menyebabkan suara serak dan lemah atau kecederaan kekal kepada kedua-dua saraf boleh menyebabkan pemasangan Tracheostomy (tiub pernafasan) kekal. Selain itu, kecederaan kepada SUPERIOR LARYNGEAL NERVE (risiko 5%) menyebabkan suara menjadi lemah.
  2. Paras kalsium yang rendah. Pesakit  mungkin perlu mengambil ubat kalsium dan vitamin D untuk tempoh yang lama.
  3. Pendarahan (<1%). Jika terdapat pendarahan, pesakit mungkin memerlukan pembedahan semula.
  4. Parut luka yang tebal dan tidak cantik.
  5. Jangkitan kuman pada luka (0.5%).


Semoga bermanfaat...


Sumber Risalah hospital (from group FB TIROID DAN ANDA (ORI).



Thus Article Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).

Itulah artikel Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY). Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY). dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/fakta-info-mengenai-pembedahan-tiroid.html

Subscribe to receive free email updates:

1 Response to "Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY)."

  1. Assalamualaikum. Saya merupakan owner kpd artikel di atas. Tapi saya tak nampak pun sebarang kredit diajukan kpd saya. Mengambil hak org lain tanpa izin even kredit sekalipun adalah perbuatan yg sgt tak baik...

    Terima kasih.

    BalasPadam

Loading...