Loading...

Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya

Loading...
Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya
link : Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya

Baca juga


Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya


INGAT lagi cerita Joe Aziz yang sering dikerumuni gara-gara mukanya mirip dengan Faizal Tahir? Sekarang giliran Faizal Tahir pula bersuara mengenai isu itu.

Penyanyi lagu Assalamualaikum ini menyatakan harapannya agar Joe Aziz yang mempunyai wajah seakan-akan dirinya itu tidak menggunakan kelebihan tersebut denga cara yang salah.

Joe turut dipuji Faizal kerana sejak berada dalam industri ini dia sentiasa membawa nama Faizal dengan baik walaupun bukan di atas permintaan penyanyi itu sendiri.

“Ada orang beritahu yang ada seorang pelawak ini mempunyai wajah yang seakan-akan saya. Tapi saya tidak ada masalah jika ada yang mengenali atau melihat dia sebagai saya.

“Cuma saya harap dia tidak menggunakan kelebihan itu dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan nama saya.

“Buat masa ini tak dengar lagi benda yang buruk tentang saya, jadi maknanya dia membawa imej dan wajah saya dengan baik,” katanya memetik laporan mStar Online.

Betullah tu, kalau nak diikutkan kita tak dengar lagi apa-apa yang Joe buat yang boleh memburukkan nama Faizal Tahir buat masa ini.

Pencetus FAITHMEN ini juga sedang giat dengan gerakan amalnya, FAITHMEN Movement selain turut sibuk mempromosikan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Program yang memberi peluang pekerjaan kepada belia yang masih belum mempunyai pekerjaan menerusi temu duga terbuka yang dianjurkan hampir di setiap negeri.

Duta SL1M turut menyeru para belia untuk menyertai temu duga terbuka yang bakal diadakan di Melaka pada 26 dan 27 Ogos ini di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh.

“Program temu duga terbuka ini adalah peluang untuk golongan belia yang masih belum mempunyai pekerjaan.

“Malah ia salah satu inisiatif yang dilakukan kerajaan untuk menolong anak-anak muda yang masih mencari-cari syarikat yang bersesuaian dengan kemahiran mereka,” ujarnya lagi.

Selain dari sesi temu duga terbuka, persembahan daripada artis yang terlibat seperti kumpulan Zero, SonaOne, Joe Flizzow dan Syamel turut menjadi tarikan program ini. Khabarnya, ada juga sesi perkongsian pengalaman dan motivasi kepada belia-belia di luar sana.

Jadi, diharapkan belia-belia di luar sana dapat meluangkan masa dan hadir ke program ini bersama semangat yang tinggi untuk berjaya. Good luck! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim


Thus Article Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya

Itulah artikel Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/faizal-tahir-nasihat-kembar-jaga-imej.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Faizal Tahir Nasihat ‘Kembar’ Jaga Imej Dan Nama Baiknya"

Catat Ulasan

Loading...