Loading...

Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam

Loading...
Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam
link : Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam

Baca juga


Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SUNGAI SIPUT: Dua beradik warga asing yang menghidap batuk kokol atau pertussis di Keningau, Sabah kini diasingkan dalam tempoh dua minggu.
 
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, tindakan itu bagi memastikan penyakit berkenaan tidak disebarkan pada orang lain.
 
Beliau berkata selain mengasingkan pesakit masing-masing berusia dua tahun tujuh bulan dan 11 bulan itu, pihak kementerian juga melakukan vaksinasi di kawasan terlibat.
 
“Kami akan memeriksa status imunisasi penduduk di kawasan berkenaan dan memastikan mereka divaksinasi jika belum berbuat demikian dan memastikan dua kanak-kanak ini diasingkan supaya tidak tersebar pada orang lain dan sehingga pihak kami yakin risiko penyebarannya sudah tiada, biasanya tidak lebih dua minggu,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis peletakan batu asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood di sini, hari ini.
 
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memberitahu dua beradik itu yang sedang dirawat di Hospital Keningau menghidap batuk kokol kerana tidak pernah mendapatkan imunisasi penyakit berkenaan.
 
Menurut Dr Noor Hisham, pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan bakteria bordetella pertussis dan disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung serta tekak.
 
Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia namun bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.
 
 
 


Thus Article Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam

Itulah artikel Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/dua-beradik-hidap-batuk-kokol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan - Dr Subramaniam"

Catat Ulasan

Loading...