Loading...
Tajuk : Ditetak Isteri Selepas Minta Izin Kahwin Lagi
link : Ditetak Isteri Selepas Minta Izin Kahwin Lagi
Ditetak Isteri Selepas Minta Izin Kahwin Lagi
KUALA KRAI – Seorang lelaki berusia 55 tahun parah ditetak menggunakan pisau pemotong sayur oleh isterinya dipercayai gara-gara menyuarakan hasrat hati untuk berkahwin lagi.
Susulan serangan itu, lelaki berkenaan menerima 15 jahitan selepas ditetak dalam kejadian di Kampung Manek Urai Lama, Khamis lalu.
Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala, dahi dan lengan kanan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Manek Urai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj mengesahkan mengenai kejadian tersebut.
Katanya, mangsa ditetak oleh isterinya yang berusia 56 tahun selepas menyuarakan hasrat mahu berkahwin buat kali kedua.
Bagaimanapun, mangsa tidak membuat laporan polis dan berbaik semula dengan isterinya. - AWANI
Thus Article Ditetak Isteri Selepas Minta Izin Kahwin Lagi
Itulah artikel Ditetak Isteri Selepas Minta Izin Kahwin Lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ditetak Isteri Selepas Minta Izin Kahwin Lagi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/ditetak-isteri-selepas-minta-izin.html
0 Response to "Ditetak Isteri Selepas Minta Izin Kahwin Lagi"
Catat Ulasan