Loading...

Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini

Loading...
Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini
link : Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini

Baca juga


Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini


PARIS – Seorang wanita yang memakai burkini untuk mandi di kolam sebuah penginapan peribadi yang disewa bersama keluarga berhampiran Marseille di selatan Perancis, diarah membayar denda.

Menurut wanita itu, Fadila, denda dikenakan itu konon ialah kos untuk membersihkan kolam berkenaan.

Dalam aduannya kepada badan Bersatu Menentang Islamofobia Perancis (CCIF), Fadila berkata, sebaik dia memasuki kolam berkenaan untuk berenang, seorang kakitangan mengarahkan orang lain meninggalkan kolam itu.

Pemiliknya kemudian menelefon suaminya, menyuruh dia berhenti menggunakan kolam berkenaan sepanjang mereka menginap di situ.

Pemilik itu juga mengarahkan pasangan terbabit membayar 490 euro (RM2,500), kos untuk membersihkan kolam berkenaan.

“Saya terkejut kerana tidak ada orang melarang saya atau memberitahu saya tidak boleh mandi dengan memakai burkini di kolam itu sebelum saya memasukinya.

“Saya terkejut dan amat kecewa kerana sikap kejam dan hipokrit mereka semata-mata kerana burkini,” kata Fadila dalam aduannya kepada badan berkenaan.

Pasangan itu enggan membayar denda itu. Bagaimanapun, pemilik terbabit mengambil wang berkenaan daripada akaun mereka tanpa mengeluarkan invois.

CCIF dalam laporannya berkata, tindakan itu sungguh mengejutkan memandangkan burkini direka memang untuk berenang dan tidak akan menyebabkan sebarang pencemaran. – Agensi/myMetro Online


Thus Article Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini

Itulah artikel Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/diarah-bayar-denda-kerana-berenang-guna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini"

Catat Ulasan

Loading...