Loading...

DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0

Loading...
DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0
link : DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0

Baca juga


DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sayap pemuda DAP, DAPSY terus menyalahkan pihak polis atas kekecohan yang berlaku di forum 'Nothing To Hide 2.0', meskipun polis menjelaskan ia tidak dijemput ke forum yang berlangsung Ahad lalu.
 
Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh berkata demikian selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan pihaknya tidak dijemput untuk mengawal keselamatan.
 
Khalid, menerusi sidang medianya hari ini memberitahu anggotanya hanya berkawal di luar Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam ketika forum berlangsung.
 
"Adalah jelas apabila mana-mana parti politik sama ada daripada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) yang mengadakan program, menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga keselamatan dan memastikan keseluruhan program berjalan dengan lancar.
 
"Mereka yang membuat kecoh merupakan pihak yang patut bertanggungjawab. Jangan tuding jari dan cuba mengelak perhatian kepada penganjur sedangkan tidak ada mana-mana penganjur inginkan perkara ini terjadi," katanya di sidang media DAPSY di ibu pejabat DAP, tengah hari tadi.
 
Khalid dalam sidang medianya di Bukit Aman pagi tadi turut menambah, penganjur forum 'Nothing To Hide 2.0' akan dikenakan tindakan ekoran gagal mematuhi peruntukan di bahawa Akta Perhimpunan Awam (APA) 2012.
 
Ujar Khalid, penganjur forum iaitu Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak boleh lepas tangan dengan menyalahkan pihak lain atas insiden kekecohan yang berlaku pada petang Ahad itu.
 
Ahad lalu, program Nothing To Hide 2.0 dicemari dengan insiden balingan mercun suar dan kerusi yang dituju kepada Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang, sewaktu Dr Mahathir sedang menjawab soalan daripada penonton berkenaan tragedi Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada tahun 1985.
 
Sementara itu Ahli Jawatankuasa DAPSY, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan kekecohan itu terjadi ekoran sikap dan penjelasan Dr Mahathir yang tidak 'menepati' jawapan yang dikehendaki peserta forum. 
 
"Peserta yang membawa suar ke dalam dewan sebenarnya sudah menunjukkan niat mereka hendak membuat kacau. Apa sahaja jawapan yang diberikan pun mereka memang berniat hendak buat begitu," katanya.
 
Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beranggapan kekecohan di forum 'Nothing To Hide 2.0' tercetus kerana penjelasan bekas perdana menteri itu tidak memuaskan hati hadirin.
 
Beliau kemudiannya berterima kasih kepada pihak yang bertanyakan tragedi itu secara terbuka dan menyifatkan Dr Mahathir tidak perlu marah.
 
 


Thus Article DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0

Itulah artikel DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/dapsy-kecam-polis-tak-jaga-keselamatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAPSY kecam polis tak jaga keselamatan ketika Nothing To Hide 2.0"

Catat Ulasan

Loading...