Loading...

Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan

Loading...
Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan
link : Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan

Baca juga


Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan

 
Hafidz Rizal Amran berkata memorandum mempertikaikan pendirian Pemuda PKR Kelantan meneruskan hubungan dengan kerajaan PAS adalah bertentangan dengan dasar kerajaan Selangor mempertahankan kerjasama dengan PAS.


hafidz-1


KOTA BHARU: Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran mendakwa pemecatannya tidak mengikut peraturan parti.

Beliau mendakwa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad adalah secara unilateral tanpa melalui perbincangan sewajarnya.

“(Keputusan itu) tanpa melalui mesyuarat Biro Politik Pemuda mahupun pimpinan Pemuda PKR Pusat yang tidak bersidang sejak Mac 2017 dan tanpa melalui proses konsultasi dengan pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan sebagaimana yang termaktub dalam Peraturan Tetap Pemuda,” katanya dalam satu kenyataan.

Dakwanya lagi, pemecatannya juga berdasarkan memorandum yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pemuda PKR Kelantan yang tidak sah, susulan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda peringkat cabang.

Beliau berkata memorandum yang mempertikaikan pendirian Pemuda PKR Kelantan meneruskan hubungan dengan kerajaan Kelantan juga adalah bertentangan dengan pentadbiran kerajaan Selangor yang terus mempertahankan kerjasama dengan PAS dalam pentadbiran kerajaan negerinya dengan Nik Nazmi sendiri merupakan anggota exco Selangor.

Semalam, Hafidz dipecat sebagai ketua Pemuda Kelantan oleh Nik Nazmi melalui pesanan dalam aplikasi WhatsApp.

Media sebelum ini melaporkan PKR Kelantan kini berpecah ekoran ada pemimpin yang “mesra PAS” walaupun parti itu memutuskan kerjasamanya dengan PKR.

Kemelut bertambah buruk apabila ada ahli jawatankuasa Pemuda PKR Kelantan mengumumkan hilang sokongan terhadap Hafidz serta mendesaknya meletak jawatan, disusuli dengan memorandum yang dikatakan ditandatangani pemimpin Pemuda peringkat cabang yang kemudian dihantar kepada pucuk pimpinan pusat.



Thus Article Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan

Itulah artikel Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/bekas-ketua-pemuda-pkr-kelantan-selar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas ketua Pemuda PKR Kelantan selar Nik Nazmi tak ikut peraturan"

Catat Ulasan

Loading...