Loading...

Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal !

Loading...
Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal !
link : Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal !

Baca juga


Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal !


GEORGETOWN: Seorang bayi lelaki meninggal dunia dipercayai kesukaran bernafas apabila mukanya tersembam ke bantal di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas awal pagi Rabu.

Menurut ibunya, Melati Mohammad @ Ahmad, 32, ketika kejadian, anak bongsunya, Faris Rayyan Qhumainy, empat bulan berada di rumah bersama suaminya, Faizul Firdaus kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Melati berkata, kejadian itu disedari olehnya selepas pulang dari kerja dari sebuah kilang kira-kira jam 7.30 pagi.

"Pada jam 4 pagi, suami saya bangun dan menukar lampin serta memberi anak saya susu. Sejak kebelakangan ini, anak saya suka tidur dalam buaian apabila terbangun pada waktu pagi. Selepas menukar lampin dan memberinya susu, suami saya meletakkan anak saya ke dalam buaian yang diletakkan bantal bagi keselesaan anak saya.

"Kemungkinan anak saya meniarap dalam buaian kerana dia baru boleh meniarap dalam dua tiga hari lalu. Ketika itu, saya rasa dia tersembam ke bantal yang membuatkan dia tidak boleh bernafas. Suami saya tidak sedar kerana anak saya tidak menangis," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), Rabu.

Menurutnya, ketika dia pulang dari kerja, dia mendapati anak bongsu dari empat beradik itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pucat dalam keadaan tertiarap.
"Saya dan suami terus membawanya ke Hospital Balik Pulau namun doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia.

"Mayat anak saya dibedah siasat di sini (Jabatan Forensik HPP) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat, Superintendan AA Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. #sumber



Thus Article Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal !

Itulah artikel Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/bayi-maut-sukar-bernafas-gara-gara-muka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bayi Maut, "Sukar Bernafas" Gara-Gara Muka Tersembam Ke Bantal !"

Catat Ulasan

Loading...