Loading...

Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir

Loading...
Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir
link : Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir

Baca juga


Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak terkesan jika pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung harta kekayaan yang dimilikinya.
 
Ketua Penerangan Armada PPBM, Ulya Aqamah Husamudin berkata pemimpin dan ahli akar umbi yakin Dr Mahathir tidak berbuat perkara yang menyalahi undang-undang sekaligus menyebabkan dirinya disabit kesalahan.
 
"Kami tidak ada masalah. Tun Mahathir pun dah banyak kali cakap dia tiada masalah. Kalau SPRM nak siasat silakan. 
 
"Malahan kami tahu secara fakta, Tun Mahathir dan (anaknya) Datuk Seri Mukhriz (Mahathir) pun sudah biasa dengan MACC (SPRM). Mereka secara suka rela pergi bukan atas arahan sesiapa," ujarnya dalam sidang medianya di ibu pejabat PPBM, Petaling Jaya, hari ini.
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan kesediannya untuk disiasat SPRM selepas Dr Mahathir mendakwanya miliki RM230 juta dalam akaunnya ketika menjadi Ketua Pemuda Umno, suatu ketika dahulu.
 
Namun sebagai timbal balas, Zahid mahukan SPRM turut menyiasat sumber kekayaan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
 
"Jadi kalau Datuk Zahid Hamidi kata nak sedia untuk disiasat SPRM, tunjukkanlah. Kami memang tidak ada masalah. Daripada pihak Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz atau sesiapa pun (pemimpin pembangkang) kami tidak ada masalah. 
 
"Tuan (pemimpin PPBM, Zahid Mat Arip) yang baru keluar daripada tahanan SPRM baru-baru ini untuk bantu siasatan Felda itu...tiada masalah. Kami bersedia. Kami akan berikan kerjasama kepada SPRM kalau apa yang dilakukan itu untuk menegakkan kebenaran," katanya lagi.
 
Dr Mahathir sebelum ini menerusi catatan di blog miliknya, menimbulkan semula pengisytiharan harta yang dibuat Zahid selepas dilantik sebagai Pemuda Umno pada 1996.
 
Bagaimanapun kata Dr Mahathir, beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berkenaan dakwaan itu.
 
 


Thus Article Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir

Itulah artikel Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/armada-tidak-terkesan-sprm-siasat-harta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Armada tidak terkesan SPRM siasat harta kekayaan Tun Mahathir"

Catat Ulasan

Loading...