Loading...
Tajuk : Apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak?
link : Apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak?
Apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak?
Apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak? | Assalamualaikum wbt. Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibubapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.
4 Ciuman
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
5 Sentuhan
1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Memegang kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada Ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
Sumber WhatsApp group.
Thus Article Apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak?
Itulah artikel Apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/apakah-ciuman-dan-sentuhan-yang-patut.html
0 Response to "Apakah ciuman dan sentuhan yang patut diamalkan pada anak-anak?"
Catat Ulasan