Loading...

Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu

Loading...
Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu
link : Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu

Baca juga


Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu


LAZIMNYA jika ada isu ‘panas’ melibatkan artis Singapura di Malaysia, Zed Zaidi tentunya akan masuk sekaki untuk memberikan ‘kenyataannya’.

Kali ini juga tidak terkecuali. Ketika isu kekecohan antara Aliff Aziz, isterinya Bella Astillah dan pelakon Afifah Nasir heboh diperkatakan, Zed Zaidi juga tampil memberikan komen.

Beliau yang juga Presiden Seniman, bukan sahaja menganggap kelakuan Aliff sebagai tidak ‘gentleman‘, malah memberi amaran kepada Aliff bahawa beliau akan melaporkan kes itu kepada pihak imigresen.

“Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect (hormat) kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau.

“Aku buat complaint (aduan) dengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah. Jadi, masa ni aku masih ‘respect’ (hormat). Jadi jaga perangai kau.

“Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” kata Zed Zaidi dalam wawancara Facebook Live bersama portal Rotikaya.

Aliff minggu lalu ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya itu yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka. Sebelum kejadian itu, Bella yang ditemani ibunya pergi ke pusat hiburan tersebut.

Wanita comel tersebut yang masih dalam pantag, mendapat tahu bahawa suaminya secara kebetulan berada di dalam sebuah bilik karaoke bergembira ceria bersama seorang wanita lain, iaitu Afifah Nasir.

“Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” kata Zed Zaidi lagi kepada Rotikaya.

Zed yang diketahui ramai kurang senang dengan kemasukan artis Singapura ke Malaysia, kemudian mengambil kesempatan untuk menyingkap kes artis luar negara yang datang ke Malaysia.

Ada segelintir cuba membuat kekecohan dalam persada seni hiburan Malaysia. Justeru, beliau berkata inilah sebabnya Malaysia perlu kawal kemasukan artis-artis luar.

Ditanya tentang penglibatan Afifah pula dalam kes Aliff, Zed Zaid berkata, perkara itu berlaku “bukan dalam penggambaran” tetapi “di luar penggambaran”, jadi ia merupakan hal “peribadi”.

Zed berkata, beliau enggan “kacau” tentang perkara melibatkan perkara “peribadi”. Ada juga pengguna Facebook yang menyindir sikap dwitara Zed Zaidi dalam soal begini.

Pengguna bernama Suzi Shah misalnya menulis begini di Facebook Rotikaya: “Habis si Awie yang pukul bini dia tak berani pulak nak sound. Tak berani pulak nak lu gua lu gua dengan Awie…”

Pengguna bernama Mohamad Noor pula berkata: “Senang cakap si ZZ (Zed Zaidi) takut dengan Awie… kalau dia masuk campur… confirm rumah kena gegar…. hahaha… Sudah tu sudahlah ZZ…… jaga rumahtangga sendiri…”

Ada juga mempersoalkan cara Zed Zaidi bersuara, memandangkan jawatan beliau sebagai presiden persatuan. Pengguna Facebook bernama OneDee MdNoor menulis menerusi Facebook Rotikaya:

“Publisiti murahan. Gini kah cara seorang presiden satu persatuan berbicara? Lu gua lu gua. Nak tunjuk samseng pun salah tempat.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Thus Article Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu

Itulah artikel Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/amaran-zed-zaidi-aliff-aziz-buat-kali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amaran Zed Zaidi: Aliff Aziz, Buat Kali Ke-2, Gua Cari Lu"

Catat Ulasan

Loading...