Loading...

Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai

Loading...
Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai
link : Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai

Baca juga


Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai


SEORANG juru dandan rambut berjaya memenangi hati netizen apabila dia berkongsi kisah salah seorang pelanggannya yang juga remaja perempuan yang berdepan dengan masalah tekanan yang teruk.

Kayley Olsson, dari Iowa, Amerika Syarikat, telah berkongsi gambar rambut seorang remaja berusia 16 tahun dalam Facebooknya.

Ketika remaja itu datang ke salonnya, dia meminta supaya dibotakkan kepalanya. Gadis itu menceritakan bagaimana dia berhenti menyikat rambut selepas mengalami tekanan dan meminta agar dicukur sahaja rambutnya itu.

Namun Kayley enggan sebaliknya dia menghabiskan masa selama 13 jam pada hari itu dan dua hari berturut-turut untuk membaiki semula rambut gadis berkenaan. Gadis itu mahu mengambil gambar untuk album sekolahnya.

“Ia merupakan pengalaman paling sukar bagi gadis berkenaan di mana pada satu tahap dia rasa sangat tertekan dan tidak berguna hingga enggan lagi menyikat rambut.

“Dia ceritakan kepada saya dia hanya bangun untuk ke tandas dan akan memulakan semula sekolah dalam masa beberapa minggu tetapi dia perlu mengambil gambar untuk album sekolahnya dulu.

“Apabila dia masuk ke salon dan memberitahu supaya potong semua rambutnya, saya tidak boleh membayangkan kesakitan yang dialaminya,” kata Kayley.

Kayley kemudiannya cuba sebaik mungkin untuk memelihara rambut gadis berkenaan supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain.

Dia bekerja keras bersama dengan rakan sekerjanya dan akhirnya gadis itu mampu tersenyum apabila melihat rambutnya.

“Bahagian yang menariknya ialah apabila gadis itu memberitahu saya bahawa dia akan senyum untuk album sekolahnya hari ini,” kata Kayley. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai

Itulah artikel Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/alami-tekanan-hinggakan-rambut-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Alami Tekanan Hinggakan Rambut Jadi Kusut Masai"

Catat Ulasan

Loading...