Loading...

Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal

Loading...
Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal
link : Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal

Baca juga


Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal

 
Timbalan perdana menteri mengarahkan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan menukar syarikat lain yang dapat memastikan barang KR1M dijual di bawah harga pasaran.


ahmad-zahid-hamidi-kedai-rakyat-1-malaysia

KUALA LANGAT: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan menamatkan kontrak pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didapati menjual barang lebih mahal daripada pasaran.

“Peluang telah diberikan, saya tak nak sebut nama syarikat. Saya sendiri pergi ke Kedai Rakyat 1Malaysia sebab di bawah Umno Bahagian Bagan Datuk ada, saya bagi peluang untuk kedai itu dibuka dengan sewa yang cukup-cukup rendah.

“Sebab saya wujudkan kedai itu untuk membantu rakyat di kawasan saya. Tapi jelas harganya lebih mahal, sedangkan kerajaan beri peruntukan tertentu kepada syarikat itu untuk menjual barang di bawah harga pasaran,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kuala Langat hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, kerajaan tidak mahu syarikat berkenaan membekalkan barang dan mengendalikan operasi KR1M lagi kerana pembungkusan serta pengedaran barang berkualiti rendah, tetapi dijual pada harga lebih mahal.

“Akhirnya, syarikat itu mengatakan mereka rugi dalam mengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia,” katanya.

Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk mengarahkan Datuk Seri Hamzah Zainudin menukar syarikat lain mengendalikan operasi KR1M bagi memastikan barang dijual di bawah harga pasaran demi menjamin kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan lain, Zahid dalam ucapannya berkata, seramai 200,000 orang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) sejak ia dilancarkan 17 Julai lalu.

Katanya, dengan adanya perkhidmatan itu, jumlah kenderaan di Lembah Klang mencatat penurunan sebanyak 22%.

“Laporan Kabinet semalam saya ingin menyebut kadar penurunan kereta yang berada di Lembah Klang yang ada di jalan yang menyebabkan kesesakan turun 22%.

“Ertinya orang menggunakan pengangkutan awam dan meninggalkan kereta di tempat letak kenderaan atau rumah masing-masing kerana kos yang lebih murah,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI



Thus Article Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal

Itulah artikel Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/zahid-arah-tamat-kontrak-pengendali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid arah tamat kontrak pengendali KR1M jual barang mahal"

Catat Ulasan

Loading...