Loading...

Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan

Loading...
Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan
link : Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan

Baca juga


Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia bakal dikecualikan sepenuhnya daripada dikenakan Cukai Pelancongan yang sepatutnya dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Ogos depan.

Sebaliknya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, cukai baru tersebut hanya akan hanya dikenakan kepada pelancong warga asing pada kadar rata RM10 seorang sebilik.

Beliau malahan berkata bahawa bayaran cukai baharu berkenaan adalah bagi semua hotel di seluruh negara daripada jenis bajet yang memang langsung tiada bintang sehingga kepada mewah bertaraf lima bintang.

Ujar Mohamed Nazri, langkah pengecualian cukai tersebut kepada rakyat Malaysia dibuat hasil dari perjumpaan dengan banyak pihak berkepentingan dan selepas berbincang serta mendengar pandangan mereka.

“Kadar sama rata hanya sebanyak RM10 akan dikenakan kepada semua pelancong asing daripada hotel yang bertaraf lima bintang sehingga tiada bintang membabitkan setiap malam dan bilik,” kata beliau lagi.

Mohamed Nazri menyatakan demikian ketika bangun menjawab soalan daripada Anthony Loke (DAP-Seremban) mengenai status terkini pelaksanaan cukai berkenaan pada sesi persidangan Dewan Rakyat, di sini Rabu.

Beliau bahkan tidak melihat kadar RM10 itu membebankan pelancong asing kerana jika mengikut tukaran wang ringgit, ia hanya sekitar 2.00 euro atau US$2.33 atau 1.80 pound sterling atau $3.20 dolar Singapura.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada peringkat permulaan, Kabinet memutuskan pelaksanaan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai lalu tetapi kini terpulang kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia menentukan tarikh baharu.

Ini kerana ujar Mohamed Nazri, ia hanya akan mula dikutip selepas pihak Kastam sebagai agensi pelaksana selesai menyediakan mekanisme berhubung kaedah kutipan pelaksanaannya yang memerlukan sedikit masa.

“Antara sebab kita memutuskan mengenakan kadar rata RM10 ini adalah kerana mahu memudahkan pihak Kastam untuk mengutip cukai ini. Jika mengikut kadar sebelum ini, (hotel) lima bintang dikenakan caj RM20.

“Manakala yang empat bintang pula RM10, RM5 untuk jenis tiga bintang serta RM2.50 bagi hotel dua bintang ke bawah. Maka mekanisme pengutipan sebegitu memerlukan pihak Kastam melakukan banyak kerja.

“Tetapi jika kadar rata seragam RM10, cukup mudah. Mereka tidak perlu bimbang, kita tahu sahaja berapa bilik telah disewa oleh hotel itu, RM10 itu kita punya. Maka tidak perlu sediakan mekanisme yang kompleks.

“Soal bilakah (cukai ini akan dilaksanakan), terpulang kepada pihak Kastam sendiri. Kita sudah minta asalnya pada 1 Julai, tetapi mereka tidak bersedia dan kemudian ditunda lagi kepada 1 Ogos depan.

“Akhirnya tarikh baharu ini akan ditentukan kemudian apabila pihak Kastam sudah bersedia untuk mendaftar dan mengutip cukai ini,” kata Mohamed Nazri lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan

Itulah artikel Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/warga-malaysia-dikecualikan-cukai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan"

Catat Ulasan

Loading...